Monday, February 28, 2011

7. Teknologi dan Dunia ketiga

             Perubahan dalam corak kegiatan ekonomi dan persekitaran memerlukan masyarakat menyesuaikan diri dengan teknologi baru dari masa ke semasa dengan menyerap nilai-nilai baru yang sesuai bagi memajukan diri mereka. Proses ini dikenali sebagai pembudayaan teknologi yang merujuk kepada “satu proses penyesuaian dalam cara pemikiran, tindakan serta amalan bagi menangani perubahan teknologi serta persekitaran yang berlaku dalam sesebuah masyarakat”. Pembudayaan teknologi melibatkan peralihan minda kepada cara pemikiran serta sikap dan perlakuan yang mendorong kepada penguasaan kemahiran serta pengetahuan baru dalam bidang teknologi.
                Budaya teknologi adalah berkaitan dengan soal persepsi, kepercayaan dan nilai yang disemai dalam sesebuah masyarakat berkaitan penggunaan teknologi. Budaya tersebut menentukan cara-cara bagi memahami sesuatu perkara berbentuk teknikal, menterjemahkan matlamat serta kegunaan teknologi, mengenal pasti masalah serta peraturan-peraturan dalam tindakan dan mencari pernyelesaian bagi setiap permasalahan berkaitan dengan teknologi. Pilihan terhadap teknologi bergantung kepada sikap seseorang sama ada bersikap terbuka atau sebaliknya dalam menerima teknologi baru. Penerimaan biasanya bergantung kepada sejauh mana teknologi berkenaan sesuai dan berfaedah untuk masyarakat. Kesedaran terhadap nilai dalam barang-barang budaya dan penggunaan peralatan untuk sesuatu pengeluaran memerlukan pengetahuan serta kemahiran menggunakannya. Dalam proses penilaian teoritikal, minda manusia mengenalpasti objek dan peristiwa yang berlaku dan memahami perhubungan antara keduanya. Imaginasi manusialah yang menghasilkan proses penilaian dan seterusnya membantu manusia mencipta. Proses mental, kepercayaan dan nilai merupakan elemen-elemen penting yang terdapat dalam budaya.            
                   Nelson dan Clark (1994) mencadangkan bahawa penggunaan teknologi mempunyai komponen budaya yang kuat (Anandarajan et al., 2000: 299). Perlakuan manusia dalam penggunaan teknologinya terikat dan dipengaruhi oleh nilai-nilai budayanya. Budaya merupakan kuasa sosial yang membolehkan manusia bertindak. Malinowsky dalam bukunya “A Scientific Theory of Culture” (1944) mendefinisikan budaya sebagai suatu tindak balas terhadap keperluan manusia. Manusia melakukan berbagai aktiviti, peralatan serta cara-cara tertentu bagi memenuhi keperluan hidupnya. Teknologi terhasil daripada amalan individu atau kumpulan yang bertindak balas terhadap keperluan mereka. Kepelbagaian yang terdapat dalam teknologi menggambarkan perbezaan persekitaran, keperluan serta kemampuan manusia yang berkait rapat dengan soal budaya. Teknologi menyediakan sumber-sumber di mana manusia boleh menggunakannya dan seterusnya meningkatkan kesan kepada tugas yang dilakukan (Jaafar Muhammad, 1997: 4).
         McGinn (1990) menegaskan bahawa terdapat empat falsafah asas berkaitan sikap terhadap teknologi yang dapat dilihat dalam proses pembudayaan semasa dalam suasana perindustrian di Barat. Empat falsafah asas ini tidak statik dan ianya bergantung kepada tahap keyakinan seseorang itu serta perubahan budaya serta persekitaran yang dialaminya. McGinn membahagikan empat falsafah berkenaan kepada anarki teknologikal, teknofilia, teknofobia dan kesesuaian teknologikal. Setiap falsafah ini mempunyai ciri-ciri sikap yang berbeza terhadap teknologi. Pandangan ini lebih menjurus kepada perkembangan persepsi serta sikap masyarakat terhadap teknologi yang mengemukakan bahawa terdapat peralihan daripada segi sikap iaitu dari rasa keyakinan yang ekstrim kepada ketidakyakinan sepenuhnya terhadap teknologi. Beliau memulakan falsafah pertama yang dikenali sebagai “anarki teknologikal” yang menekankan kepentingan teknologi dan pengetahuan sebagai peralatan yang harus dikuasai bagi mendapatkan kemewahan, kuasa dan penguasaan alam persekitaran. “Teknofilia” pula menjadikan pemburuan teknologi sebagai satu matlamat utama. Teknologi seolah-olah mengawal manusia akibat dari identifikasi tidak sedar manusia dengan teknologi sehingga manusia tidak dapat memisahkan diri mereka daripada teknologi dan melihat sesuatu itu secara objektif. “Teknofobia” bertindak menghapuskan pengawalan teknologi terhadap kehidupan manusia dengan tujuan mengembalikan teknologi di bawah kawalan manusia dan menyediakan asas bagi evolusi reka bentuk teknologi yang bersesuaian.
            McGinn mengakhiri tahap falsafahnya ini secara optimistik dan rasional dengan menggambarkan hubungan harmoni dan bertimbal balik antara manusia, teknologi dan alam persekitaran. Berbeza dengan pandangan pesimistik Postman (1993) yang menyalahkan teknologi sebagai penceroboh budaya, McGinn menyanjungi sumbangan teknologi dalam memenuhi keperluan manusia. Manusia tidak lagi dikawal oleh teknologi sebaliknya menyumbang kepada penciptaan teknologi dengan daya kreativiti serta kemahiran yang ada. Tahap akhir dalam falsafah McGinn berkaitan penggunaan teknologi ini menggambarkan bagaimana kematangan manusia berupaya merasionalisasi keperluan mereka dengan penggunaan teknologi yang bersesuaian.
          Era imperialisme telah wujud semenjak abad ke-19 lagi. Imperialisme boleh didefinisikan sebagai usaha-usaha untuk menjajah atau menguasai dunia. Ianya bermula dengan kolonialisme apabila kuasa imperialis seperti Britain, Perancis dan Jerman mula menakluk dan memerintah kawasan jajahan yang terkecil.Terdapat empat trend utama yang berkaitan dalam arena teknologi komunikasi dunia pada dekad ini. Keempat-empat trend ini telah diperkukuhkan lagi imperialisme budaya iaitu digtization, consolidation, deregulation dan globalization (C.J Hamelink). Digitization merupakan satu teknologi pemancaran dan pemprosesan data dalam bentuk kod komputer yang cepat dan tepat. Syarikat-syarikat konglemerat berusaha untuk memajukan teknologi ini supaya mempunyai daya saing yang lebih tinggi. Pelbagai hardware dan software didigitasi oleh mereka di negara maju khusunya dalam barangan pengguna seperti compact disc (CD).
        Sejak sekian lama, kita perlu mengakui bahawa teknologi dan sistem komunikasi dunia telah dikuasai oleh Negara-negara dunia pertama. Negara dunia pertama ialah negara yang maju di mana mempunyai tahap ekonomi dan politik yang stabil serta taraf hidup penduduk yang tinggi. Sebagai contoh, Amerika Syarikat, England, Jepun, dan lain-lain lagi. Dari Negara-negara maju inilah gergasi media dunia beroperasi menyebarkan maklumat ke seluruh dunia. Melalui syarikat multinasional, maklumat bukan sahaja menjadi komoditi utama, malah produk budaya turut dieksport ke negara-negara dunia ketiga. Syarikat sebegini biasanya terdiri daripada pengeluar filem, penerbit buku, stesen televisyen, agensi berita, dan sebagainya.
         Sebagai akibat, wujudlah apa yang disebut sebagai neo-kolonialisme yang merupakan satu bentuk penjajahan baru bagi menggantikan kolonialisme yang tersingkir lewat perang dunia kedua. Gejala tersebut menjadi kebimbangan kerana ancaman produk-produk budaya yang dibawa masuk dari negara dunia pertama mampu meranapkan sesebuah negara sekiranya pemerintahnya tidak berhati-hati. Sebagai contoh, filem-filem dari Amerika Syarikat telah berjaya menembusi negara-negara timur yang terkenal dengan adab sopannya dan meruntuhkan nilai-nilai murni yang dimiliki selama ini. Penayangan filem-filem berbentuk ‘superhero’ seperti ‘Spiderman’ dan ‘Batman’ dilihat mampu menembus jangkauan fikiran anak-anak sehingga menjadi idola yang mungkin melakukan aksi-aksi yang membahayakan.
       Negara-negara dunia pertama juga menguasai Negara-negara dunia ketiga dari segi ekonomi. Sebagai contoh, oleh sebab negara-negara dunia ketiga mempunyai bekalan sumber kewangan yang terhad, ia memerlukan pengaliran modal yang banyak untuk memajukan ekonominya iaitu dengan mendapat bantuan kewangan dari International Monetary Fund (IMF) dan World Bank di mana Amerika Syarikat merupakan penyumbang utama kepada kedua-dua badan ini. Hal ini menyebabkan negara-negara dunia ketiga terikat dengan syarat-syarat yang dikenakan oleh badan-badan itu. Kesan-kesan imperialisme negara-negara dunia pertama ke atas negara-negara dunia ketiga akan dibincangkan dalam segmen yang seterusnya.

Bentuk-bentuk Imperialisma
Masyarakat terbentuk melalui aliran modal, aliran maklumat, aliran teknologi, aliran interaksi organisasi, aliran imej, suara dan simbol. Aliran tersebut bukan hanyalah salah satu elemen organisasi sosial, ia adalah luahan proses dominasi ekonomi, politik dan simbolik hidup kita. Justeru itu, wujudlah satu bentuk reruang baru yang membawa ciri-ciri tindakan sosial, yang akan menentukan masyarakat rangkaian maklumat. Reruang yang dimaksudkan adalah ruang aliran (Castells, 1996).
       Terdapat pelbagai pengaruh terhadap teknologi maklumat dari Negara dunia pertama kepada negara membangun. Antaranya adalah dari segi pendidikan, pengakutan samada pengakutan jalan,laut, dan udara, perubatan, seni dan hiburan, perdagangan dan perindustrian dan sebagainya. Dari segi pendidikan, terdapat banyak perubahan yang telah dibuat oleh Negara dunia pertama. Antaranya adalah membuat pendidikan jarak jauh yang sekarang ini makin popular dan makin diguna pakai oleh Negara-negara membangun.
       Malah dari segi pengakutan pula, terdapat pelbagai perubahan yang telah di buat oleh negara dunia pertama yang sekarang ini cuba mempengaruhi negara dunia kedua dan ketiga. Contohnya, Amerika Syarikat telah mewujudkan Sistem Kedudukan Global di mana peta tidak lagi diperlukan, sistem ini akan menentukan jalan yang paling pendek serta cepat dan memandu kenderaan anda ke destinasi yang telah ditentukan. Dari segi pengakutan laut pula, wujudnya Emergency Position Indicating Radio Beacons(EPIRB) yang telah memudahkan pelayar-pelayar menghantar isyarat kecemasan sekiranya timbul sebarang masalah. Kedudukan pelayar tersebut akan ditentukan melalui Sistem Kedudukan Global dan bantuan akan dihantar secepat mungkin. Namun masalah komputer seperti Y2K boleh memberi pengaruh negatif terhadap sistem tersebut. Kecacatan ataupun dilemma komputer tersebut boleh mencacatkan sistem kedudukan global dan menyebabkan kapal-kapal menghadapi masalah penentuan lokasi (Star,1999).
      Selain daripada itu, dari segi perubatan pula, Tele-perubatan telah diguna pakai di mana pesakit tidak perlu berjumpa dengan doktor. Ini adalah kerana dalam kebanyakan kes, doktor cuma memeriksa pesakit melalui sintom yang diberitahu oleh pesakit sendiri. Justeru itu, suatu program yang menyeluruh dan sentiasa diperbaiki adalah memadai untuk menggantikan tugas sedemikian. Britain telah menggunakan sistem sedemikian untuk mengurangkan beban doctor (Laver, 1989).
       Bagi seni dan hiburan pula, penggunaan digital dan alam maya telah pun diperkenalkan di mana kini di dalam dunia hiburan timbul unsur cetak rompak yang berleluasa akibat daripada teknologi yang semakin canggih ini.Negara dunia pertama juga telah mewujudkan penggunaan telekomunikasi atau rangkaian yang luas untuk melaksanakan pemindahan kewangan dari segi perdagangan dan perindustrian. Menjelang tahun 2001, gedung membeli-belah berangkai (online shopping) dijangka akan menarik antara $3.5 hingga $6 juta di Amerika Syarikat (Meyer, 1999). Di Malaysia, gedung-gedung seperti Parkson, Sapura, 3Comm dan Biz.st telah menawarkan khidmat beli-belah berangkai. Rasionalnya adalah kadar penggunaan internet yang tinggi akan menggalakkan penawaran sedemikian.
      Pandangan Optimis dan Pesimis Mengenai Imperialisma
Menurut pandangan optimis sememangnya teknologi membawa pengaruh positif terhadap perkembangan dunia ke-tiga kerana ia membantu untuk memajukan Negara dunia ke-tiga. Ini kerana teknologi yang yang dibeli boleh memberi perubahan dari pelbagai aspek. Contohnya pembelian satelit dari Negara dunia pertama memudahkan Negara mundur mengakses informasi dan sebagai alat komunikasi antara rakyat dan kerajaan. Melalui televisyen juga kerajaan dapat memberitahu segala agenda terbaru Negara untuk memperbaiki taraf hidup rakyat yang miskin. Oleh itu teknologi amatlah penting dalam proses komunikasi antara rakyat dan kerajaan. Selain itu melalui alat-alat teknologi canggih dari negara maju dalam bidang keselamatan juga memberi kelebihan kepada dunia ke-tiga untuk memastikan keselamatan negara terjamin.
      Kritikn kadar celik huruf dan apabila masyarakat ini boleh membaca, maka mereka boleh menggunakan informasi dan meningkatkan penggunaan informasi dan meningkatkan kadar perkapita. Ini akan mengakibatkan mereka mengambil tindakan demokratik dalam negara-negara itu dan meningkatkan kadar diterbitkan oleh UNESCO pada tahun 1980 dengan nama ‘Many Voice One World’. Menerusi laporan McBride telah berkembang secara pesat aliran bebas maklumat secara seimbang dan order baru maklumat komunikasi dunia (NWICO). Konsep atau prinsip aliran seimbang bertentangan dengan doktrin aliran bebas.
     Namun bertentangan dengan pandangan pesimis yang menyatakan bahawa pembelian teknologi dari negara maju hanya akan menguntungkan negara dunia pertama itu. Ini kerana apabila Amarika Syarikat contohnya menjual satelit kepada negara-negara miskin mereka bukan hanya menjual satelit sahaja tetapi menjual secara pakej, contohnya iklan. Justeru itu negara dunia pertama beranggapan bahawa tiada produk yang hendak ditotonkan kepada masyarakat justeru memaksa negara dunia ketiga membeli program-program mereka pula walau pun ekonomi mereka tidak begitu stabil. Disebabkan tiada kedudukan ekonomi yang stabil juga menyebabkan kebergantungan membeli program dari negara luar berbanding membuat sendiri. Oleh itu pembelian alat teknologi secara berhutang dengan negara maju juga akan menyebabkan negara lebih mundur.
     Perkembangan teknologi juga membawa keburukan selain kebaikan. Contohnya, Britian telah menguasai Negara India, China, dan Malaysia. Dalam jangka masa ini dikatakan bahawa firma-firma dan organisasai kian membesar dan akibatnya sistem monopoli berkembang dalam bentuk gabungan kesatuan pedagang-pedagang dan perusaan yang dinamakan CARTELS atau kumpulan perdagangan. Bila ini berlaku, banyak firma yang dibentuk dan keuntungan kian menurun. Dalam jangkamasa itu menerusi kolomalisme beberapa negara dunia ketiga yang bukan sahaja dijajah oleh Eropah tetapi turut dihubungkan secara ekonomi dengan negara Eropah ini. Menurut Rosa Luxembourg, proses eksplotasi melibatkan penggunaan tentera untuk menguasai kawasan jajahan, ini mungkin berlaku di awal penjajahan.
       Mengikut konsep imperialisme pada masa sekarang telah wujud satu situasi ketidakseimbangan di mana terdapat satu sistem pertukaran yang tidak sama ataupun ‘unequal exchange’ dan ia berlaku di antara negara membangun dan maju. Perbadanan antarabangsa di negara membangun dan negara maju termasuklah EMI dan IBM yang telah terdapat satu perkembangan perhubungan dominasi dan pergantungan. Masalah laporan ini ialah terlalu menumpu perhatian terhadap sistem dominan negara maju terhadap negara mundur tanpa menganalisis kontradiksi- kontradiksi yang sedia wujud dalam setiap negara dan mengabaikan hubungan kuasa dan sistem hirarki dalam setiap negara membangun.
       Prinsip NWILO berdasarkan kepada falsafah kedaulatan negara dan konsep budaya tulin. Falsafah kedaulatan negara ini berkaitan dengan daya usaha negara-negara yang telah merdeka di mana negara-negara ini hendak memperhebatkan tenaga mereka untuk memecahkan ikatan ekonomi dan budaya dengan negara-negara penjajahan. Pengimportan bahan-bahan media dari negara-negara maju akan menjejaskan perkembangan ekonomi mereka iaitu negara-negara membangun terpaksa membayar lebih untuk bahan import berbanding dengan bahan-bahan tempatan dan tidak setanding dengan apa yang di eksport dengan bahan media tempatan ke negara barat. Berlaku juga penjejasan perkembangan budaya akibat negara dunia ketiga menggunakan pengaruh teknologi dunia yang telah maju.
          Oleh yang demikian, pemimpin daripada Negara dunia ke-tiga haruslah bijak mengambil keputusan dalam pembelian teknologi. Ini kerana pembelian teknologi melibatkan perbelanjaan yang tinggi. Sememangnya teknologi diperlukan dalam sesebuah Negara tetapi penting juga dalam mempertimbangkan dari segi ekonomi, pembangunan dan penerimaan masyarakat pada masa itu. Ini penting kerana jika hanya mempunyai teknologi yang canggih tetapi masyarakat masih tidak bersedia menggunakannya jadi ia adalah tidak bernilai seterusnya membawa kepada pembaziran wang negara.

Saturday, February 19, 2011

6. ALUR RAHSIA FACEBOOK MENCAPAI KERJAYAAN

PEMUDA DUNIA ARAB REVOLUSI BERJAYA



Kini, Facebook telah menjadi satu kegemaran di kalangan remaja di seluruh dunia. Namun begitu, kebanyakan daripada mereka hanya menggunakan Facebook sebagai satu alat komunikasi dengan rakan-rakan di merata dunia sahaja. Bagi sekumpulan remaja di Mesir dan Tunisia pula, mereka telah berjaya manunjukkan dan membuktikan di mana perkembangan teknologi ini, iaitu Facebook telah membawa kapada perubahan besar di negara mereka.
Pada minggu ini, isu-isu yang paling hangat di seluruh dunia adalah revolusi yang telah berlaku di Mesir dan akhirnya membawa kepada keruntuhan kerajaan Mubarak di Mesir. Dalam revolusi ini, Facebook telah memainkan peranan penting bagi menjayakan revousi ini. Pertukaran maklumat di Facebook adalah sebahagian daripada kerjasama dua tahun yang luar biasa yang telah melahirkan kekuatan baru di dunia. Remaja Mesir dan Tunisia yang aktif dan giat dalam kegiatan mencapai demokrasi rakyat telah menggunakan teknologi untuk mengelakkan pengawasan, menukar maklumat dan juga taktik demonstrasi yang berkesan bagi menjayakan matlamat mereka.

Dalam satu petikan New York News telah menyatakan bahawa : “Tunis adalah kekuatan yang mendorong kepada perubahan di Mesir, dan Mesir akan muncul sebagai kekuatan baru yang mendorong dunia." kata Walid Rachid, salah satu anggota Gerakan Pemuda April 6, yang membantu menetapkan 25 Januari protes yang berangkat pemberontakan. Kini, memandangkan revolusi telah berjaya, Walid Rachid dan rakan seperjuangnya sedang berbincang tentang cara untuk berkongsi pengalaman mereka dengan gerakan pemuda serupa di Libya, Algeria, Maghribi dan Iran. Pengaasa Gerakan Pemuda April 6, Ahmed Maher, seorang jurutera awam 30 dari Gerakan Pemuda April 6, pertama kali menjadi terlibat dalam gerakan politik yang dikenali sebagai Kefaya, atau Cukup, pada sekitar 2005. Mr Maher juga manubuh sebuah parti yang bernama Pemuda Untuk Perubahan. Tetapi mereka tidak dapat mengumpulkan cukup pengikut; disebabkan penangkapan hancur jajaran kepemimpinan mereka. Kebanyak daripada mereka meninggal dan menyertai parti-parti pembangkang yang diakui undang-undang. Pada tahun 2008, kebanyakan penyelenggara muda itu berundur ke keyboard komputer mereka dan berubah menjadi blogger, cuba untuk meningkatkan sokongan bagi menyuarakan ketidakpuasan terhadap penswastaan kerajaan dan inflasi. Pada tahun yang sama, Mr Maher dan rakan-rakannya menyeru mogok umum nasional pada April 6. Untuk mempromosikan itu, mereka mendirikan sebuah kumpulan Facebook yang menjadi perhubungan gerakan mereka, yang mereka bertekad untuk tetap bebas daripada kumpulan politik yang mapan. Hanya beberapa bulan kemudian, selepas mogok di Tunisia, sekumpulan penganjur talian muda mengikuti model yang sama, menyiapkan apa yang menjadi Pemuda Progresif Tunisia. Jawatankuasa di kedua-dua negara mula bertukar pengalaman mereka selama boleh. Para Tunisia menghadapi negara polis lebih luas daripada Mesir, dengan lintang lebih sedikit untuk kebebasan blogging atau tekan, tapi kesatuan pekerja mereka lebih kuat dan lebih mandiri. "Kami berkongsi pengalaman kami dengan mogok dan blogging," kenang Mr Maher. Pengaruh lain, beberapa kata, adalah sekumpulan ekspatriat Mesir di usia 30-an mereka yang membentuk sebuah organisasi di Qatar disebut Akademi Laman, yang mempromosikan idea-idea ditarik sebahagian pekerjaan Mr Sharp. Salah satu penyelenggara kumpulan, Hisham Morsy, ditangkap selama protes Kaherah dan tetap dalam tahanan. "Akademi Laman adalah semacam seperti Karl Marx, dan kita seperti Lenin," kata Basem Fathy, organizer lain yang kadang-kadang bekerjasama dengan Gerakan Pemuda April 6 dan juga pengarah projek di Akademi Demokrat Mesir, yang menerima geran dari Amerika Syarikat dan menumpukan pada hak asasi manusia dan pilihan raya-pemantauan. Selama pendudukan pengunjuk rasa 'dari Tahrir Square, katanya, ia menggunakan koneksinya untuk meningkatkan sekitar $ 5100 dari pengusaha Mesir untuk membeli selimut dan khemah.
Hasilnya adalah kumpulan Facebook Mr Ghonim menetapkan: Kita Semua Said Khalid, selepas Mesir muda yang dipukul sampai mati oleh polis. Mr Ghonim - tidak diketahui oleh orang awam, tetapi bekerja sama dengan Mr Maher dari Gerakan Pemuda April 6 dan salah satu kenalan dari kumpulan Mr ElBaradei - mengatakan bahawa dia menggunakan Mr Syed membunuh untuk mendidik orang Mesir tentang gerakan demokrasi. Dia mengisi halaman dengan klip video dan artikel surat khabar tentang kekerasan polis. Dia berkali-kali dipalu rumah mesej sederhana: ". Ini adalah negara anda, seorang pegawai kerajaan adalah pekerja anda yang mendapat gaji dari wang cukai anda, dan anda mempunyai hak anda" Dia baling khusus di distorsi media rasmi, kerana ketika rakyat "ketidakpercayaan media maka anda tahu bahawa anda tidak akan kehilangan mereka," katanya. Dia akhirnya menarik ratusan ribu pengguna, membina kesetiaan mereka melalui latihan dalam penyertaan demokrasi dalam talian. Ketika penyelenggara merancang "hari keheningan" di jalan-jalan Kaherah, misalnya, ia disurvei pengguna pada apa kemeja warna mereka harus semua memakai - hitam atau putih. (Ketika pemberontakan meletup, kerajaan Mubarak menahannya selama 12 hari dalam isolasi mata tertutup dalam usaha terlambat untuk menghentikan pekerjaannya.)

Kerjayan revolusi kali ini yang melibatkan penggunaan teknologi terutamanya Facebook sebagai satu perantaraan komunikasi dan platfom untuk menyuarakan pandangan telah menunjukkan bahawa teknologi boleh digunakan dalam pelbagai tujuan dan membantu dalam kehidupan harian manusia. Para belia dinasihati agar menggunakan teknologi dengan sebaiknya bagi mewujudkan masa hadapan yang lebih cerah dan bukan hanya untuk mengisikan masa lapang sahaja. Bagaimana pula dengan anda?


Sunday, February 13, 2011

5. MISI ANGKASAWAN NEGARA PENCETUS SEMANGAT BELIA


Pemilihan Dr. Sheikh Muzaffar sebagai angkasawan pertama Malaysia.

Program Angkasawan Negara Malaysia bermula pada 2006 untuk menghantar angkasawan dari negara Malaysia ke angkasa lepas. Pada 4 September 2007, Sheikh Muszaphar Shukor telah dipilih sebagai Angkasawan Malaysia yang pertama. Beliau telah berlepas ke Stesen Angkasa Antarabangsa menaiki Soyuz TMA-11 pada 10 Oktober 2007 yang lalu.Dr Sheikh Muszaphar Shukor, 35 tahun terpilih oleh Jawatankuasa Pemilihan Angkasawan Agensi Angkasa Rusia (Roscosmos) sebagai angkasawan pertama Malaysia untuk misi ke angkasa lepas. Tahniah kepada Malaysia kerana sudah mampu mencatat sejarah menghantar angkasawan sendiri ke ruang angkasa. Tahniah Malaysia!
Doktor bedah ortopedik berusia 35 tahun dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang berasal dari Seremban itu berada selama 10 hari di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS).
Beliau juga diikuti bersama Komander Peggy Whitson dari Amerika Syarikat dan jurutera penerbangan Yuri Malenchenko dari tapak pelancaran Baikaonur Cosmodrome pada pukul 7.21 malam waktu tempatan (9.21 malam waktu Malaysia). Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr Jamaluddin Jarjis berkata, pemilihan Dr Sheikh Muszaphar berasaskan pencalonan asal oleh Malaysia kepada Roscosmos yang mencalonkan Dr Sheikh Muszaphar sebagai calon pertama dan Kapten Dr Faiz Khaleed, 27, sebagai calon kedua.
Selain itu, jawatankuasa berkenaan mengambil kira laporan semua komponen dan pihak yang terlibat dalam melatih kedua-dua angkasawan itu, katanya. Beliau berkata, semasa keputusan itu diumumkan, Dr Sheikh Muszaphar dan Dr Faiz serta krew masing-masing turut hadir. Katanya, mesyuarat setengah jam itu juga bersetuju supaya Dr Faiz dihantar menyertai misi angkasa bagi sesi 2008/09 dan sementara itu, dibenarkan turut berlatih di Pusat Latihan Angkasawan Yuri Gagarin, di Star City, Moscow, Rusia.
Program Angkasawan Malaysia ini merupakan sebahagian daripada program timbal balik Malaysia dengan Russia. Malaysia telah membeli 18 jet pejuang Sukhoi SU-30 MKM dan pesawat udara pelbagai guna bernilai RM3.4 bilion dari Russia.
Jika menghantar sendiri memerlukan kos yang tinggi .Bandingkan penghantaran satelit komunikasi saja mencecah RM1.5 bilion, iaitu kos satelit kira-kira RM700 juta, pelancar RM350 juta dan baki adalah insfrastruktur lokasi pelancaran. Kos melonjak empat atau lima kali ganda jika buat sendiri.Itu pun jika kita membeli peralatan dan prasarana dari Russia atau Amerika.Tetapi negara maju tidak mungkin menjual teknologi ini kerana pelancar kapal angkasa lepas ini boleh diubahsuai menjadi pelancar peluru berpandu atau roket nuklear.

Peranan Angkasawan Negara dalam memotivasikan belia.



Sekembalinya angkasawan ke tanah air, beliau sebenarnya memikul pelbagai tanggungjawab yang berat. Salah satu tanggungjawab beliau adalah untuk menanam semangat dalam diri belia dan pelajar. Kali ini kami akan mengupas beberapa peranan angkasawan dalam miningkatkan semangat belia. Pertama, angkasawan berperanan untuk memberi motivasi kepada remaja dan pelajar sekolah. Sebemnarnya, tanpa kita sedari, ceramah atau motivasi yang disampaikan oleh seseorang yang berjaya dan menjadi kebanggaan Malaysia boleh mengubah cara pemikiran dan kelakuan seseorang. Tambahan pula, remaja atau pelajar ini menyimpan kasrat buntuk menjadi seperti beliau pada masa akan datang.
Pada masa sekarang, kita dapati remaja atau pelajar lebih cenderung menerokai bidang yang tidak melibatkan sains. Cuba kita lihat keadaan sekarang, remaja lebih gemar menceburi bidang seni seperti bidang muzik, seni lukis dan sebagainya. Jadi, pada pendapat kami, angkasawan berperanan mempengaruhi remaja atau pelajar untuk mendalami ilmu-ilmu berkaitan dengan sains. Oleh itu, angkasawan memainkan peranan yang penting dalam menyuntik semangat mereka untuk menerokai ilmu sains dengan lebih mendalam.
Semestinya, angkasawan menjadi kebangaan rakyat Malaysia dan sekaligus akan menjadi idola kepada belia atau pelajar. Dengan menjadi idola kepada mereka, beliau sebenarnya membawa imej yang baik kepada mereka. Sekaligus beliau berperana membawa imej yang baik, bukan sahaja pada rakyat Malaysia tapi juga dimata dunia.

Cabaran bagi merialisasikan misi angkasawan.
Antara cabaran yang perlu di tempuhi bagi merialisasikan misi angkasawan ialah keadaan struktur ekonomi yang tidak menentu dan mencabar pada waktu kini. Ini boleh dilihat bahawa pihak kerajaan terpaksa mengawal pengeluaran bajet dan peruntukan bagi setiap kementerian. Ini sedikit sebanyak memberi kesan kepada program penghantaran angkasawan kerana ia memerlukan dana yang besar bagi menampung pembiayaan kos penghantaran dan latihan ke luar negara yang kini di bawah Kementerian Sains Teknologi Dan Inovasi (MOSTI).
Selain itu, pendedahan yang kurang terhadap belia tentang bidang astronomi merupakan salah satu cabaran utama bagi merialisasikan misi angkasawan. Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia dan Kementerian Pengajian Tinggi perlu menekankan aspek pembelajaran sains dan teknologi bagi peringkat sekolah dan universiti. Ini penting kerana ia dapat mendedahkan kepada belia betapa pentingnya ilmu sains dan teknologi angkasa serta pihak universiti perlu menyediakan kursus dalam bidang Sains angkasa(Eurospace) bagi menarik belia merialisasikan misi ini.
Di samping itu, Badan Bukan Kerajaan(NGO) perlulah melakukan kempen yang berterusan bagi menyedarkan kepada belia dengan menyertai program-program yang berkaitan dengan angkasawan. Ini dapat di lihat bahawa kurangnya kempen yang di lakukan dan tidak mendapat sambutan di kalangan belia kerana ia dibuat sekadar hangat-hangat tahi ayam serta di lakukan secara bermusim. Secara keseluruhannya, semua pihak perlu bertanggungjawab bagi merialisasikan misi angkasawan bagi kepentingan generasi akan datang.




Sunday, February 6, 2011

4. Fenomena sistem maklumat dan laman web sosial terhadap belia

Pada minggu ini kami ingin membincangkan mengenai pengaruh “FACEBOOK atau laman web sosial terhadap belia pada hari ini"umum mengatahui bahawa penggunaan teknologi internet ini telah menyebabkan golongan belia terpengaruh atau terdedah dengan dunia luar dengan lebih pantas.Sememangnya laman web sosial ini berkait rapat dengan teknologi dan multimedia. Kita akan melihat dahulu mengenai pandangan terhadap teknologi dan penggunaan internet.

Perkembangan teknologi dan komunikasi (ICT) telah membolehkan dihantar dan diterima dengan pantas. Kemudahan ini telah membawa kepada peningkatan penggunaan internet dan mel elektronik atau e-mail dalam sektor awam. Hakikat ini turut mempengaruhi oleh pengguna dan kepentingan maklumat yang kian meningkat dari semasa ke semasa. Komunikasi secara elektronik juga dilihat sebagai salah satu saluran penting dalam membantu mewujudkan perkongsian maklumat. Tambahan pula, kaedah ini membolehkan proses penghantaran dan penerimaan sesuatu maklumat dilaksanakan dengan lebih cepat dan lebih mudah.

Penggunaan internet dengan cara yang tidak bertanggungjawab adalah dianggap sebagai pelanggaran tatacara yang boleh mengancam tatacara keselamatan, keutuhan dan kerahsiaan maklumat, melemahkan sistem ICT dan pengurusan rekod elektronik, menganggu sistem rangkaian ICT dan merosakkan imej Perkhidmatan Awam. Oleh yang demikian, bagi menjamin kemudahan Internet digunakan dengan selamat, adalah wajar setiap agensi menentukan latihan yang bersesuaian, penggunaan teknologi yang kukuh dan dasar yang menyeluruh agar pelanggaran seumpamanya tidak berlaku.



Selain itu blog kami pada minggu ini juga akan menceritakna mengenai perkembang teknologi maklumat terhadap belia pada hari ini.Teknologi maklumat boleh ditakrifkan sebagai sebarang kaedah yang digunakan untuk memindah, menyebar dan memapar maklumat. Maklumat tersebut boleh wujud dalam pelbagai bentuk samada bentuk fizikal contohnya kertas dan buku, bentuk suara, paparan visual, pergerakan atau dalam bit. Perkembangan teknologi maklumat telah mencapai suatu tahap di mana ia mula menampakkan pengaruh tertentu di dalam kehidupan manusia terutamanya penduduk bandar. Pada asalnya, teknologi ini wujud sebagai satu perantaraan untuk mengedarkan pelbagai jenis maklumat untuk tujuan yang berlainan. Contohnya bagi pengiklanan, pemberitahuan, telekomunikasi dan sebagainya.

Peranannya sebagai agen perubahan tidak pernah berkurang tetapi semakin bertambah lebih-lebih lagi dengan kewujudan komputer. Dewasa ini, ia telah berevolusi kepada bentuk yang menampakkan pengaruh yang lebih mendalam ke atas kehidupan manusia. Contohnya penggunaan rangkaian ‘internet’ telah dan berupaya menyebabkan perubahan yang besar ke atas aspek fizikal, ekonomi dan sosial melalui globalisasi serta berkembangnya modal antarabangsa kapitalis. Teknologi maklumat akan membezakan sebuah negara maju dengan sebuah negara sedang membangun(Arun, 1999).
Aspek fizikal yang dimaksudkan di atas termasuklah corak penggunaan ruang bandar, rangkaian lalulintas dan pengangkutan, ruang ‘virtual’ dan sebagainya. Di samping itu, aspek sosial pula meliputi cara dan corak berinteraksi, pergerakan manusia, aktiviti manusia, cara hidup manusia, kualiti hidup manusia, taraf kesihatan manusia dan lain-lain. Selain itu, rangkaian ‘internet’ juga membolehkan pelbagai urusan perniagaan dijalankan secara ‘digital’ dan ini mempunyai implikasi yang besar terhadap proses pembandaran pada masa akan datang.

Perubanah kepada dunia pada hari ini telah menyebabkan internet dan sistem teknologi maklumat menjadi perkara yang terpenting dalam menentukan corak perubahan pola pemikiran masyarakat khususnya belia pada hari ini. Penggunaan dan pengwujudan laman web sosial pada hari ini telah merancakan lagi penggunaan internet yang berasaskan laman web sosial, telah menyebabakn penyebaran maklumat dengan pantas yang telah memberi kesan yang positif dan negatif terhadap pemikiran dan corak gaya hidup belia pada masa kini.

Penggunaan FACEBOOK merupakan satu contoh kepda tercetusnya fenomena luarbiasa yang menyebabkan golongan belia semakin bermaklumat pada hari ini :

Petikan daripada utusan malaysia 13/12/2009
Apabila Facebook menjadi fenomena dunia

Oleh JOHARDY IBRAHIM

AFILA dan Azira, masing-masingnya berusia 23 dan 20 tahun mungkin gelihati bila mendapati 'akhirnya' pak usu mereka menyertai laman sosial interaktif, Facebook pada April lalu iaitu pada tahun kelima kewujudan Facebook. Ini kerana hanya beberapa minggu sebelum itu, bapa saudara mereka ini 'sibuk menasihati' mereka supaya berhati-hati di alam maya dan tidak mendedahkan identiti diri.
Faktor kedua mendorong penulis menyertai Facebook ialah kerana 'dipujuk-paksa' oleh rakan yang enggan menghantar gambar kami di Phuket menggunakan e-mel, sebaliknya meminta mengambilnya dari akaun Facebook miliknya.
Maka penulis pun membuka akaun Facebook. Dan jika anda pun baru menyertai Facebook dalam waktu yang bersamaan dengannya, ketahuilah kita membentuk 350 juta pengguna Facebook di seluruh dunia sekarang ini.
Angka luar biasa besar itu yang diumumkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif yang juga pengasas Facebook, Mark Zuckerberg pada 1 Disember lalu, tidaklah memeranjatkan kerana minat untuk memiliki akaun Facebook sudah menjadi fenomena di mana-mana.
Meskipun mendapat saingan daripada beberapa rangkaian sosial lain seperti Friendster dan Twitter, sekurang-kurangnya di Malaysia Facebook kekal teratas sebagai pilihan utama.
Menurut mashable.com, Facebook mencatat sekurang-kurangnya 500,000 pengguna setiap hari. Ini kerana untuk menjadi pengguna adalah cukup mudah dan percuma.
Banyak juga kelebihan yang boleh diperoleh daripada Facebook seperti menemukan kembali rakan-rakan sekolah yang berdekad lamanya terpisah, menyambung persahabatan dan membuat kawan baru, walaupun penulis menolak beberapa permintaan bila mendapati mereka lahir sebelum 1991.
Bertentangan dengan tanggapan sesetengah pihak bahawa Facebook hanyalah satu daripada bentuk permainan Internet yang melekakan, ia kini diguna secara meluas untuk tujuan komersial bagi sektor perniagaan dan platform propaganda bagi entiti politik untuk sampai ke sasaran audiens.
Apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memulakan akaun Facebook baru-baru ini, ia menjadi tajuk berita utama media.
media
Kebelakangan ini, media-media arus perdana Barat tidak teragak-agak memetik kenyataan seseorang individu atau selebriti dalam Facebook sebagai bahan berita. Bulan lalu, bekas calon Naib Presiden AS, Sarah Palin menulis dalam akaun Facebook kepada sejuta 'rakan-rakannya', membidas penggunaan gambarnya yang berseluar pendek di muka depan sebuah majalah. Jelas, Palin tidak memerlukan agensi perhubungan awam lagi.
Pada Rabu lalu, Facebook melaksanakan kawalan tambahan bagi privasi atau 'bebas dari gangguan atau perhatian awam'. Pengguna Facebook tentu perasan kepada soalan mengenai penetapan arahan pada kerahsiaan butir-butir peribadi yang terpampang semasa membukanya minggu ini.
Kawalan tambahan itu terpaksa dilakukan oleh Facebook setelah menerima banyak kritikan mengatakan syarikat itu tidak cukup sensitif terhadap privasi pengguna. Usaha Facebook sebelum ini menerusi inisiatif Beacon turut dikritik, apabila pengguna mendapati mereka secara tidak semena-mena menjadi 'orang penghubung' bagi servis atau laman-laman web dalam Facebook yang kerap mereka sertai.
Kawalan tambahan ini memberikan pengguna alat yang mudah tetapi lebih berkuasa untuk mengehadkan perluasan maklumat peribadi mereka. Paling signifikan dalam penambahbaikan itu ialah keupayaan untuk mengehadkan sesiapa untuk melihat tulisan atau gambar atau video yang disiarkan oleh pengguna di dalam rangkaian termasuk. Maknanya, tiada lagi sesiapa yang tidak berkenaan (terutama pengiklan) daripada menyalahgunakan maklumat peribadi pengguna.
Dalam konteks ini, sesetengah pejuang privasi berkata, senarai rakan-rakan ini sama sensitif dengan maklumat peribadi kerana dengan meninjau pada senarai rakan-rakan yang dikenali itu pun boleh mendedahkan maklumat sulit.
Mengapa Facebook melakukan perubahan ini? Jawapannya mudah. Ia adalah atas nama perniagaan semata-mata dan elemen utama perniagaan Internet ialah menarik lebih banyak trafik dan mencipta dagangan daripada sekurang-kurangnya satu maklumat yang didedahkan oleh pengguna.
Satu lagi tarikan dalam Facebook ialah permainannya seperti FarmVille - yang secara umumnya begitu mudah dimainkan tanpa perlu banyak berfikir, asalkan rajin 'bercucuk tanam' atau realitinya, menekan tetikus berjam-jam.
Menurut Daniel Lyons menerusi artikelnya dalam Newsweek, permainan FarmVille walaupun mengasyikkan, ia sebenarnya meletakkan pengguna dalam keadaan 'dipergunakan' secara tidak langsung oleh kelompok yang diistilahkan sebagai Scammers.
Facebook meraih keuntungan dengan menjual ruang iklan, sesetengahnya kepada scammers," katanya

Petikan di atas merupakan salah satu contoh fenomena yang menyebabkan sistem maklumat pada hari yang berasakan penggunaan teknologi maklumat dapat menggerakan belia untuk melakukan sesuatu perubahan dengan lebih pantas di sebabakan pengaruh daripada laman web sosial seperti penggunaan facebook.