Semakin hari semakin meningkat penglibatan belia dalam bidang perniagaan secara online. Ini membuktikan bahawa Teknologi banyak membantu masyarakat dalam melakukan perniagaan, di sebalik itu juga perniagaan secara online memberi manfaat kepada golongan belia, di satu sudut bermaksud sesiapa sahaja yang melakukan perniagaan secara online ini perlulah kreatif, proaktif dan unit. Jika promosi yang dilakukan adalah sama seperti perniagaan lain, maka peluang untuk berdaya maju adalah sukar. golongan belia lebih gemar berniaga secara online, adalah kerana hanya memerlukan kos yang rendah, tidak perlu menyewa pejabat dan tidak memerlukan staf. namun di satu sudut kita dapat melihat begitu ramai masyarakat pada masa kini perniagaan secara online terutamanya golongan belia yang sentiasa aktif. berniaga secara offline mempunyai kos yang tinggu, tidak semua masyrakat dapat melakukannya. Ini adalah satu kelebihan perniagaan konvensial berbanding online. walaupun begitu, seperti yang telah dinyatakan, jika usahawan mahu maju dan kekal maju, perancangan perniagaan perlulah bagus dan sentiasa fikirkan maju kehadapan. pasaran internet di Malaysia tidaklah terlalu besar jika kita perlu proaktif dan bekerja lebih kuat daripada biasa.
Pada masa kini belia banyak terlibat dengan perniagaan secara online dan ini boleh dibuktikan melalui blog yang menawarkan perniagaan didalam internet sepeti penjualan tudung dan penjualan baju secara online, selain itu juga perniagaan secara online ini juga mampu memberi wang tambahan kepada golongan belia terutamanya pada golongan belia yang menganggur.
Pada masa kini belia banyak terlibat dengan perniagaan secara online dan ini boleh dibuktikan melalui blog yang menawarkan perniagaan didalam internet sepeti penjualan tudung dan penjualan baju secara online, selain itu juga perniagaan secara online ini juga mampu memberi wang tambahan kepada golongan belia terutamanya pada golongan belia yang menganggur.
Menurut pandangan optimis perniagaan secara online adalah satu perniagaan yang murah untuk memulakan perniagaan secara online ia hanya memerlukan modal sekitar RM1,000 atau kurang, berbanding dengan perniagaan offline yang memerlukan modal sekurang-kurangnya RM50,000 bagi membuka sebuah kedai runcit. Perniagaan ini jugu mempunyai Pelangan Dari Seluruh Dunia walaupun hanya menjalankan perniagaan internet secara sambilan, secara realitinya perniagaan ini bertaraf antarabangsa iaitu bersifat global. Pelanggan-pelanggan adalah dari seluruh pelusuk dunia. Belia juga tiidak perlu berjumpa dengan pelanggan. Hampir segala-galanya dari membalas email, menerima tempahan dan promosi dilakukan secara automatik. Jika ada sebarang masalah hanya perlu berkomunikasi dengan pelanggan melalui email, chat atau pun Yahoo. Mesengger. Dengan adanya penjualan secara ini belia boleh Menjual Lebih Satu Produk memandangkan perniagaan internet ini dilakukan hampir kesemuanya automatik, maka boleh membuka peniagaan internet lebih dari 1 produk. Sekaligus ia merupakan cabang mengembangkan sesuatu perniagaan .
Menurut Marshalln McLuhan dengan adanya teknologi satu order dunia baru akan wujud,tiada pendominasian dalam bidang polotik,ekonomi mahu pn budaya.Manakala menurut Macluhan, Daniel Bell, Alvin Toffler dan David Lyon adalah golongan yang turut dikatakan mempunyai pandangan dominan terhadap teknologi komunikasi dan Teknologi membawa pelbagai faedah dan menjanjikan dunia lebih maju dan sempurna
“ the technology utopia grows progressively from present conditions and will in the long term ensure the peace and prosperity of all ” (Lyon:1988:146)
KESIMPULAN
KESIMPULAN
Kesimpulannya, kewujudan teknologi ini banyak membawa kebaikan kepada cara hidup golongan belia. Belia kini sudah mampu melengkapkan diri mereka dengan pelbagai jenis pengetahuan dan kemahiran. Hal ini disebabkan oleh desakan hidup mereka yang seiring dengan peredaran zaman sekarang. Belia perlu menyiapkan diri mereka dengan pelbagai jenis pengetahuan supaya mereka setanding dengan golongan remaja dari negara lain. Ini juga boleh mendatangkan kebaikan dan keuntungan kepada negara kerana belia adalah aset utama dalam pembangunan negara kita.Mereka perlu menyeimbangkan penggunaan teknologi supaya tidak menjurus ke arah keburukan yang boleh menjejaskan identiti mereka sebagai belia Malaysia. Oleh sebab itulah, belia perlu bijak menggunakan teknologi yang ada supaya mereka mendapat faedah daripada kewujudan teknologi tersebut. Belia perlu bijak mengatur masa hadapan mereka supaya mereka menjadi belia yang cemerlang dan berkualiti. Penggunaan teknologi banyak memberi manfaat kepada golongan belia di dalam kehidupan seharian.
Menurut pandangan Optimis iaitu Mcluhan, Alvin Toffler dan David Lyan, golongan ini mempunyai pandangan dominan terhadap teknologi. Teknologi membawa kepada pelbagai faedah dan menjanjikan dunia lebih maju dan sempurna. Teknologi dalam industri pertanian akan mengalami perubahan dalam penggunaan mesin-mesin yang membantu meningkatkan taraf hidup belia pada masa kini. Segala kerja-kerja dalam industri pertanian dapat dilakukan dengan mudah, cepat dan lebih efisyen lagi. Selain itu, membantu belia mahir dalam penggunaan teknologi. Dengan adanya teknologi pertanian moden seperti bioteknologi dalam penghasilan baka-baka yang baik dan hidrofonik dalam mengintesifkan proses pengeluaran dapat meningkatkan pertumbuhan sektor pertanian sejajar dengan wawasan pertanian Negara.
Menurut pandangan pesimis adalah sebaliknya, dengan perkembangan teknologi dalam bidang pertanian telah menyebabkan belia dan pekerja kini telah diambil alih oleh teknologi, jentera dan tenaga mesin. Dengan ini menyebabkan pengangguran di kalangan belia. Belia yang mempunyai kemahiran terhad sukar mencari pekerjaan. Ini kerana penglibatan belia dalam bidang pertanian adalah kurang berbanding bidang-bidang lain. Teknologi juga akan membawa kepada kesan buruk dimana belia akan menyalahgunakan teknologi untuk tujuan yang tidak berfaedah serta memberi kesan yang negatif kepada Negara dan masyarakat.
Jika di lihat dari sudut realisasi sekarang, kita dapat lihat bahawa belia pada masa sekarang banyak menggunakan teknologi.Ini dapat di buktikan melalui fakta di bawah:
-Berdasarkan kajian yang telah dijalankan oleh Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia, dikalangan 1,936 orang generasi muda berumur 15 hingga 26 tahun menunjukkan 58% menyatakan mereka mahir menggunakan internet. Bagi generasi muda masa kini, teknologi bukan sekadar gadget atau maklumat tetapi ia sudah menjadi satu keperluan dan kemestian sehingga ia menjadi sebahagian daripada hidup mereka.