Demokrasi ialah suatu bentuk kerajaan di mana kuasa menggubal undang-undang dan struktur kerajaan adalah ditentukan oleh rakyat. Dalam sistem demokrasi, undang-undang digubal sama ada oleh rakyat atau wakil yang dipilih oleh rakyat. Sebuah negara atau kerajaan yang mengamalkan sistem demokrasi adalah dipanggil negara atau kerajaaan yang demokratik.
Belia merupakan suatu golongan muda yang berumur antara 15 – 40 tahun, masa kini belia banyak memberi impak kepada sistem demokrasi negara. Antaranya sistem kebebasan bersuara di Malaysia yang mana belia telah menyuarakan ketidakpuashatian dan pendapat mereka melalui penulisan blog, dengan adanya teknologi seperti media ini mampu mempengaruhi sistem politik, ekonomi dan budaya di dunia. Rakyat mempunyai hak untuk mendapatkan maklumat yang tepat dan adil kecuali dalam hal – hal yang dianggap membahayakan keselamatan negara, ketenteraman awam atau persoalan moral rakyat. Contohnya Malaysiakini.com yang mana telah menguji dan menolak sekatan-sekatan kebebasan bersuara dengan menyediakan berita terkini dan kredibiliti.
Dalam membincangkan idea kebebasan bersuara, aspek teknologi dan hak milik untuk melihat pengaruhnya ke atas sebab dan akibat dalam kebebasan bersuara. Contohnya seperti blog atau laman web yang dikatakan memberi ancaman kepada negara dan rakyat dan juga boleh dikenakan tindakan dalam akta keselamatan dalam negara (ISA), tiga orang telah ditahan di bawah ISA iaitu Raja Petra Kamaruddin, pengendali laman web Malaysia Today yang dikatakan menulis artikel menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW, beliau di anggap sebagai mengancam keselamatan negara dan boleh menyebabkan pergaduhan perkauman antara kaum di Malaysia.
Antara pandangan optimis mengenai teknologi komunikasi yang dikembangkan masa kini pula ialah, menurut Ithiel De Sola Pool mengingatkan bahawa penolakan teknologi komunikasi sebagai satu ancaman terhadap kebebasan bersuara dan masa hadapan proses demokrasi. Yoneji Masuda pula percaya bahawa revolusi teknologi komunikasi berkomputermampu menyelesaikan halangan terhadap penyertaan dalam proses demokratik. Para sarjana optimis juga berpendapat bahawa satu rangka sosial baru diwujudkan berasaskan teknologi komunikasi yang memberi kebebasan kepada orang ramai dan maklumat akan dapat dikongsi bersama. Seperti juga penggunaan blog pada masa pilihanraya umum ke-12 di mana rakyat diberi kebebasan suara dalam menyuarakan pendapat dan pandangan masing-masing mengenai pilihanraya itu. Ramai yang memberi komen tentang pilihanraya umum itu dan juga perkara yang berlaku dalam masa itu termasuklah kritikan terhadap pemerintahan Pak Lah dan juga masalah kenaikan harga minyak secara mendadak. Pengguna boleh melayari pelbagai laman web akhbar tempatan dan antarabangsa tanpa halangan dan gangguan. Sama ada berita tersebut sahih dan tepat bergantung pada kredibiliti penerimanya mengikut kefahaman dan pendidikan mereka.
Mengikut pandangan pesimis bukan semua rakyat yang mampu membeli peralatan teknologi dan bukan semua rakyat yang mahir menggunakan teknologi, manakala bukan semua rakyat yang boleh mengakses maklumat dengan menggunakan teknologi. Bagaimana pula dengan golongan yang tidak berkemampuan untuk mengakses teknologi? Bagaimana mereka boleh menyuarakan pendapat mereka? Menurut Peter Golding dengan adanya teknologi ini akan menyebabkan berlakunya jurang antara negara yang berteknologi seperti Amerika dan negara yang tidak mempunyai teknologi yang canggih seperti negara India. Oleh sebab kuasa, kawalan, dan minat juga dikaitkan dengan maklumat dan IT, sesiapa yang menguasai maklumat juga menguasai yang lain. Daripada kuasa dan kawalan itulah lahirnya perbezaan kelas dalam masyarakat yang menjadi faktor utama Sarjana seperti Herbet Schiller, Joneji Masuda, F. Machlup, M. Porat, M. Rubin, Graham Murdock, Peter Golding, Nicholas Garnham, dan Stuart Ewwn telah mengkaji kepentingan maklumat kepada perkembangan ekonomi dan politik masyarakat.
Menurut pandangan kami, mereka akan melayari internet bagi mendapatkan serta menyalurkan maklumat secara aktif. Sudah tentunya laman web, portal, forum, blog dan saluran TV online akan menjadi pilihan mereka. Bukan saja golongan muda yang terdedah dengan maklumat tersebut, malah pakcik-pakcik serta makcik-makcik di kampung pun sekarang ini sudah bijak mengunakan internet dan saluran telekomunikasi SMS dan MMS. Dalam arus era kemajuan seperti sekarang ini, boleh dikatakan setiap peringkat umur masyarakat melayari internet setiap hari, sebagai contoh pelajar yang masih berada di peringkat sekolah rendah sudah pandai untuk mengakses internet seperti facebook dan blog. Tidak hairan juga jika terdapat golongan yang lebih tua juga termasuk juga warga emas yang mengikuti perkembangan teknologi dapat melayari kemudahan teknologi ini. Bagi golongan yang tidak tahu atau tidak mempunyai kemudahan ini ialah kerana mereka sendiri yang tidak mempunyai kesedaran tentang teknologi dan juga tidak berminat untuk mengambil tahu juga.
wah gempak kn post kali ni?????
ReplyDeletebole laaa...
ReplyDelete