Friday, March 25, 2011

10. Belia dan penjualan secara Online

Semakin hari semakin meningkat penglibatan belia dalam bidang perniagaan secara online. Ini membuktikan bahawa Teknologi banyak membantu masyarakat dalam melakukan perniagaan, di sebalik itu juga perniagaan secara online memberi manfaat kepada golongan belia, di satu sudut bermaksud sesiapa sahaja yang melakukan perniagaan secara online ini perlulah kreatif, proaktif dan unit. Jika promosi yang dilakukan adalah sama seperti perniagaan lain, maka peluang untuk berdaya maju adalah sukar. golongan belia lebih gemar berniaga secara online, adalah kerana hanya memerlukan kos yang rendah, tidak perlu menyewa pejabat dan tidak memerlukan staf. namun di satu sudut kita dapat melihat begitu ramai masyarakat pada masa kini perniagaan secara online terutamanya golongan belia yang sentiasa aktif. berniaga secara offline mempunyai kos yang tinggu, tidak semua masyrakat dapat melakukannya. Ini adalah satu kelebihan perniagaan konvensial berbanding online. walaupun begitu, seperti yang telah dinyatakan, jika usahawan mahu maju dan kekal maju, perancangan perniagaan perlulah bagus dan sentiasa fikirkan maju kehadapan. pasaran internet di Malaysia tidaklah terlalu besar jika kita perlu proaktif dan bekerja lebih kuat daripada biasa.
Pada masa kini belia banyak terlibat dengan perniagaan secara online dan ini boleh dibuktikan melalui blog yang menawarkan perniagaan didalam internet sepeti penjualan tudung dan penjualan baju secara online, selain itu juga perniagaan secara online ini juga mampu memberi wang tambahan kepada golongan belia terutamanya pada golongan belia yang menganggur.  

Menurut pandangan optimis perniagaan secara online adalah satu perniagaan yang murah untuk memulakan perniagaan secara online ia hanya memerlukan modal sekitar RM1,000 atau kurang, berbanding dengan perniagaan offline yang memerlukan modal sekurang-kurangnya RM50,000 bagi membuka sebuah kedai runcit. Perniagaan ini jugu mempunyai Pelangan Dari Seluruh Dunia walaupun hanya menjalankan perniagaan internet secara sambilan, secara realitinya perniagaan ini bertaraf antarabangsa iaitu bersifat global. Pelanggan-pelanggan adalah dari seluruh pelusuk dunia. Belia juga tiidak perlu berjumpa dengan pelanggan. Hampir segala-galanya dari membalas email, menerima tempahan dan promosi dilakukan secara automatik. Jika ada sebarang masalah hanya perlu berkomunikasi dengan pelanggan melalui email, chat atau pun Yahoo. Mesengger. Dengan adanya penjualan secara ini belia boleh Menjual Lebih Satu Produk  memandangkan perniagaan internet ini dilakukan hampir kesemuanya automatik, maka boleh membuka peniagaan internet lebih dari 1 produk. Sekaligus ia merupakan cabang mengembangkan sesuatu perniagaan .    
  Menurut Marshalln McLuhan dengan adanya teknologi satu order dunia baru akan wujud,tiada pendominasian dalam bidang polotik,ekonomi mahu pn budaya.Manakala menurut Macluhan, Daniel Bell, Alvin Toffler dan David Lyon adalah golongan yang turut dikatakan mempunyai pandangan dominan terhadap teknologi komunikasi dan Teknologi membawa pelbagai faedah dan   menjanjikan dunia lebih maju dan      sempurna
the technology utopia grows  progressively from present conditions and   will in the long term ensure  the peace and prosperity of all ”  (Lyon:1988:146)


KESIMPULAN



Kesimpulannya, kewujudan teknologi ini banyak membawa kebaikan kepada cara hidup golongan belia. Belia kini sudah mampu melengkapkan diri mereka dengan pelbagai jenis pengetahuan dan kemahiran. Hal ini disebabkan oleh desakan hidup mereka yang seiring dengan peredaran zaman sekarang. Belia perlu menyiapkan diri mereka dengan pelbagai jenis pengetahuan supaya mereka setanding dengan golongan remaja dari negara lain. Ini juga boleh mendatangkan kebaikan dan keuntungan kepada negara kerana belia adalah aset utama dalam pembangunan negara kita.Mereka perlu menyeimbangkan penggunaan teknologi supaya tidak menjurus ke arah keburukan yang boleh menjejaskan identiti mereka sebagai belia Malaysia. Oleh sebab itulah, belia perlu bijak menggunakan teknologi yang ada supaya mereka mendapat faedah daripada kewujudan teknologi tersebut. Belia perlu bijak mengatur masa hadapan mereka supaya mereka menjadi belia yang cemerlang dan berkualiti. Penggunaan teknologi banyak memberi manfaat kepada golongan belia di dalam kehidupan seharian.

  Menurut pandangan Optimis iaitu Mcluhan, Alvin Toffler dan David Lyan, golongan ini mempunyai pandangan dominan terhadap teknologi. Teknologi membawa kepada pelbagai faedah dan menjanjikan dunia lebih maju dan sempurna. Teknologi dalam industri pertanian akan mengalami perubahan dalam penggunaan mesin-mesin yang membantu meningkatkan taraf hidup belia pada masa kini. Segala kerja-kerja dalam industri pertanian dapat dilakukan dengan mudah, cepat dan lebih efisyen lagi. Selain itu, membantu belia mahir dalam penggunaan teknologi. Dengan adanya teknologi pertanian moden seperti bioteknologi dalam penghasilan baka-baka yang baik dan hidrofonik dalam mengintesifkan proses pengeluaran dapat meningkatkan pertumbuhan sektor pertanian sejajar dengan wawasan pertanian Negara.

           Menurut pandangan pesimis adalah sebaliknya, dengan perkembangan teknologi dalam bidang pertanian telah menyebabkan belia dan pekerja kini telah diambil alih oleh teknologi, jentera dan tenaga mesin. Dengan ini menyebabkan pengangguran di kalangan belia. Belia yang mempunyai kemahiran terhad sukar mencari pekerjaan. Ini kerana penglibatan belia dalam bidang pertanian adalah kurang berbanding bidang-bidang lain. Teknologi juga akan membawa kepada kesan buruk dimana belia akan menyalahgunakan teknologi untuk tujuan yang tidak berfaedah serta memberi kesan yang negatif kepada Negara dan masyarakat.
          
                 Jika di lihat dari sudut realisasi sekarang, kita dapat lihat bahawa belia pada masa sekarang banyak menggunakan teknologi.Ini dapat di buktikan melalui fakta di bawah:

-Berdasarkan kajian yang telah dijalankan oleh Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia, dikalangan 1,936 orang generasi muda berumur 15 hingga 26 tahun menunjukkan 58% menyatakan mereka mahir menggunakan internet. Bagi generasi muda masa kini, teknologi bukan sekadar gadget atau maklumat tetapi ia sudah menjadi satu keperluan dan kemestian sehingga ia menjadi sebahagian daripada hidup mereka.













Friday, March 18, 2011

9. Belia dan Demokrasi





Demokrasi ialah suatu bentuk kerajaan di mana kuasa menggubal undang-undang dan struktur kerajaan adalah ditentukan oleh rakyat. Dalam sistem demokrasi, undang-undang digubal sama ada oleh rakyat atau wakil yang dipilih oleh rakyat. Sebuah negara atau kerajaan yang mengamalkan sistem demokrasi adalah dipanggil negara atau kerajaaan yang demokratik.

Belia merupakan suatu golongan muda yang berumur antara 15 – 40 tahun, masa kini belia banyak memberi impak kepada sistem demokrasi negara. Antaranya sistem kebebasan bersuara di Malaysia yang mana belia telah menyuarakan ketidakpuashatian dan pendapat mereka melalui penulisan blog, dengan adanya teknologi seperti media ini mampu mempengaruhi sistem politik, ekonomi dan budaya di dunia. Rakyat mempunyai hak untuk mendapatkan maklumat yang tepat dan adil kecuali dalam hal – hal yang dianggap membahayakan keselamatan negara, ketenteraman awam atau persoalan moral rakyat. Contohnya Malaysiakini.com yang mana telah menguji dan menolak sekatan-sekatan kebebasan bersuara dengan menyediakan berita terkini dan kredibiliti.

Dalam membincangkan idea kebebasan bersuara, aspek teknologi dan hak milik  untuk melihat pengaruhnya ke atas sebab dan akibat dalam kebebasan  bersuara. Contohnya seperti blog atau laman web yang dikatakan memberi ancaman kepada negara dan rakyat dan juga boleh dikenakan tindakan dalam akta keselamatan dalam negara (ISA), tiga orang telah ditahan di bawah ISA iaitu Raja Petra Kamaruddin, pengendali laman web Malaysia Today yang dikatakan menulis artikel menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW, beliau di anggap sebagai mengancam keselamatan negara dan boleh menyebabkan pergaduhan perkauman antara kaum di Malaysia.

Antara pandangan optimis mengenai teknologi komunikasi yang dikembangkan masa kini pula ialah, menurut Ithiel De Sola Pool mengingatkan bahawa penolakan teknologi komunikasi sebagai satu ancaman terhadap kebebasan bersuara dan masa hadapan proses demokrasi. Yoneji Masuda pula percaya bahawa revolusi teknologi komunikasi berkomputermampu menyelesaikan halangan terhadap penyertaan dalam proses demokratik. Para sarjana optimis juga berpendapat bahawa satu rangka sosial baru diwujudkan berasaskan teknologi komunikasi yang memberi kebebasan kepada orang ramai dan maklumat akan dapat dikongsi bersama. Seperti juga penggunaan blog pada masa pilihanraya umum ke-12 di mana rakyat diberi kebebasan suara dalam menyuarakan pendapat dan pandangan masing-masing mengenai pilihanraya itu. Ramai yang memberi komen tentang pilihanraya umum itu dan juga perkara yang berlaku dalam masa itu termasuklah kritikan terhadap pemerintahan Pak Lah dan juga masalah kenaikan harga minyak secara mendadak. Pengguna boleh melayari pelbagai laman web akhbar tempatan dan antarabangsa tanpa halangan dan gangguan. Sama ada berita tersebut sahih dan tepat bergantung pada kredibiliti penerimanya mengikut kefahaman dan pendidikan mereka.

 Mengikut pandangan pesimis bukan semua rakyat yang mampu membeli peralatan teknologi dan bukan semua rakyat yang mahir menggunakan teknologi, manakala bukan semua rakyat yang boleh mengakses maklumat dengan menggunakan teknologi. Bagaimana pula dengan golongan yang tidak berkemampuan untuk mengakses teknologi? Bagaimana mereka boleh menyuarakan pendapat mereka? Menurut Peter Golding dengan adanya teknologi ini akan menyebabkan berlakunya jurang antara negara yang berteknologi  seperti Amerika dan negara yang tidak mempunyai  teknologi yang canggih seperti negara India. Oleh sebab kuasa, kawalan, dan minat juga dikaitkan dengan maklumat dan IT, sesiapa yang menguasai maklumat juga menguasai yang lain. Daripada kuasa dan kawalan itulah lahirnya perbezaan kelas dalam masyarakat yang menjadi faktor utama Sarjana seperti Herbet Schiller, Joneji Masuda, F. Machlup, M. Porat, M. Rubin, Graham Murdock, Peter Golding, Nicholas Garnham, dan Stuart Ewwn telah mengkaji kepentingan maklumat kepada perkembangan ekonomi dan politik masyarakat.

Menurut pandangan kami, mereka akan melayari internet bagi mendapatkan serta menyalurkan maklumat secara aktif. Sudah tentunya laman web, portal, forum, blog dan saluran TV online akan menjadi pilihan mereka. Bukan saja golongan muda yang terdedah dengan maklumat tersebut, malah pakcik-pakcik serta makcik-makcik di kampung pun sekarang ini sudah bijak mengunakan internet dan saluran telekomunikasi SMS dan MMS. Dalam arus era kemajuan seperti sekarang ini, boleh dikatakan setiap peringkat umur masyarakat melayari internet setiap hari, sebagai contoh pelajar yang masih berada di peringkat sekolah rendah sudah pandai untuk mengakses internet seperti facebook dan blog. Tidak hairan juga jika terdapat golongan yang lebih tua juga termasuk juga warga emas yang mengikuti perkembangan teknologi dapat melayari kemudahan teknologi ini. Bagi golongan yang tidak tahu atau tidak mempunyai kemudahan ini ialah kerana mereka sendiri yang tidak mempunyai kesedaran tentang teknologi dan juga tidak berminat untuk mengambil tahu juga.

 Oleh itu, perkembangan teknologi di negara ini seharusnya disambut baik oleh setiap golongan masyarakat. Kerajaan juga tidak seharusnya menghapuskan terus blog tetapi meletakkan syarat di mana jika isi kandungan blog itu mengandungi unsur-unsur yang negatif sahaja yang patut diambil tindakan.





  


Thursday, March 17, 2011

8. MuDaHnYa TeKnOLOgI KoMuNiKaSi




Sebagai seorang  pelajar, sudah tentu banyak perkara baru yang ditemui dan ingin dikongsikan dengan kawan-kawan yang lain. Teknologi sekarang banyak membantu kita untuk berkomunikasi dengan orang lain dengan pantas dan murah. Semakin hari semakin banyak cara untuk berhubung.

Sebagai contoh, pada zaman 60-an dan 70-an dahulu, ayah-ayah dan ibu-ibu kita dahulu hanya berhubung melalui surat yang dipos. Entah pada masa itu sudah ada pos udara atau belum. Sekiranya belum, sudah tentu surat dari Mesir akan memakan masa berbulan-bulan untuk sampai ke Malaysia!

Kemudian, muncul pula apa yang disebut call cabin. Atau lebih dikenali sebagai central di sini. Ia adalah sebuah kedai yang dilengkapi dengan bilik-bilik yang setiap satunya disediakan telefon. Setiap panggilan akan dicaj mengikut tempoh dan jarak panggilan yang dibuat. Pernah seorang senior bercerita, pada malam hari raya, berpusu-pusu orang mengunjungi tempat ini untuk berhubung dengan keluarga yang tersayang di tanah air. Tapi, pada malam itu sahajalah, kerana kosnya terlalu tinggi.

Sekarang, dengan kemudahan Internet, bercambahlah kaedah-kaedah baru untuk berkomunikasi. Yang paling menjadi pilihan pelajar sekarang ialah melalui VoIP (Voice over Internet Protocol) iaitu satu aplikasi yang menggunakan apa yang dipanggil sebagai telephone box yang disambungkan dengan talian Internet untuk menelefon rumah atau telefon bimbit di mana sahaja di seluruh dunia. Dengan hanya LE20, anda boleh berbual selama dua jam untuk telefon rumah atau sejam untuk telefon bimbit!

Bagi yang lahir dalam keluarga yang celik IT, pilihan yang lebih tepat tentunya penggunaan Yahoo Messenger. Ini kerana, selain boleh berbual (baca: chat) dengan perantaraan huruf-huruf, anda juga boleh menggunakan Voice Call untuk berhubung dengan orang lain dari PC ke PC secara percuma. Malah, jika keduanya memiliki kamera web (baca: webcam), pengguna  boleh saling melihat antara satu sama lain. Dan ini juga percuma!

Dengan tambahan bayaran, anda juga boleh menggunakan Yahoo Messenger untuk menelefon rumah atau telefon bimbit. Rata-rata rumah negeri di sini ada menjual apa yang dipanggil sebagai kad Yahoo Voice.

Bagi mereka-mereka yang mengikuti perkembangan teknologi telefon bimbit, tentunya mereka senang dengan khidmat pesanan ringkas (SMS), khidmat pesanan multimedia (MMS) dan 3G. Bahkan, dengan mengaktifkan GPRS, anda boleh menikmati kemudahan Internet menerusi telefon bimbit! Apatah lagi telefon bimbit yang tersedia di dalamnya wireless modem. Sudah tentu ia berupaya untuk mengakses Internet pada kelajuan yang lebih tinggi.

Ada juga yang suka berkongsi dengan semua orang; dikenali atau tidak dikenali. Sistem blog sesuai untuk kategori ini. Dengan blog, anda boleh berkongsi cerita dengan semua orang dengan hanya memberitahu alamat blog anda. Mutakhir ini, ada satu lagi sistem yang mula mengejutkan ramai pengguna aktif Internet.

Monday, February 28, 2011

7. Teknologi dan Dunia ketiga

             Perubahan dalam corak kegiatan ekonomi dan persekitaran memerlukan masyarakat menyesuaikan diri dengan teknologi baru dari masa ke semasa dengan menyerap nilai-nilai baru yang sesuai bagi memajukan diri mereka. Proses ini dikenali sebagai pembudayaan teknologi yang merujuk kepada “satu proses penyesuaian dalam cara pemikiran, tindakan serta amalan bagi menangani perubahan teknologi serta persekitaran yang berlaku dalam sesebuah masyarakat”. Pembudayaan teknologi melibatkan peralihan minda kepada cara pemikiran serta sikap dan perlakuan yang mendorong kepada penguasaan kemahiran serta pengetahuan baru dalam bidang teknologi.
                Budaya teknologi adalah berkaitan dengan soal persepsi, kepercayaan dan nilai yang disemai dalam sesebuah masyarakat berkaitan penggunaan teknologi. Budaya tersebut menentukan cara-cara bagi memahami sesuatu perkara berbentuk teknikal, menterjemahkan matlamat serta kegunaan teknologi, mengenal pasti masalah serta peraturan-peraturan dalam tindakan dan mencari pernyelesaian bagi setiap permasalahan berkaitan dengan teknologi. Pilihan terhadap teknologi bergantung kepada sikap seseorang sama ada bersikap terbuka atau sebaliknya dalam menerima teknologi baru. Penerimaan biasanya bergantung kepada sejauh mana teknologi berkenaan sesuai dan berfaedah untuk masyarakat. Kesedaran terhadap nilai dalam barang-barang budaya dan penggunaan peralatan untuk sesuatu pengeluaran memerlukan pengetahuan serta kemahiran menggunakannya. Dalam proses penilaian teoritikal, minda manusia mengenalpasti objek dan peristiwa yang berlaku dan memahami perhubungan antara keduanya. Imaginasi manusialah yang menghasilkan proses penilaian dan seterusnya membantu manusia mencipta. Proses mental, kepercayaan dan nilai merupakan elemen-elemen penting yang terdapat dalam budaya.            
                   Nelson dan Clark (1994) mencadangkan bahawa penggunaan teknologi mempunyai komponen budaya yang kuat (Anandarajan et al., 2000: 299). Perlakuan manusia dalam penggunaan teknologinya terikat dan dipengaruhi oleh nilai-nilai budayanya. Budaya merupakan kuasa sosial yang membolehkan manusia bertindak. Malinowsky dalam bukunya “A Scientific Theory of Culture” (1944) mendefinisikan budaya sebagai suatu tindak balas terhadap keperluan manusia. Manusia melakukan berbagai aktiviti, peralatan serta cara-cara tertentu bagi memenuhi keperluan hidupnya. Teknologi terhasil daripada amalan individu atau kumpulan yang bertindak balas terhadap keperluan mereka. Kepelbagaian yang terdapat dalam teknologi menggambarkan perbezaan persekitaran, keperluan serta kemampuan manusia yang berkait rapat dengan soal budaya. Teknologi menyediakan sumber-sumber di mana manusia boleh menggunakannya dan seterusnya meningkatkan kesan kepada tugas yang dilakukan (Jaafar Muhammad, 1997: 4).
         McGinn (1990) menegaskan bahawa terdapat empat falsafah asas berkaitan sikap terhadap teknologi yang dapat dilihat dalam proses pembudayaan semasa dalam suasana perindustrian di Barat. Empat falsafah asas ini tidak statik dan ianya bergantung kepada tahap keyakinan seseorang itu serta perubahan budaya serta persekitaran yang dialaminya. McGinn membahagikan empat falsafah berkenaan kepada anarki teknologikal, teknofilia, teknofobia dan kesesuaian teknologikal. Setiap falsafah ini mempunyai ciri-ciri sikap yang berbeza terhadap teknologi. Pandangan ini lebih menjurus kepada perkembangan persepsi serta sikap masyarakat terhadap teknologi yang mengemukakan bahawa terdapat peralihan daripada segi sikap iaitu dari rasa keyakinan yang ekstrim kepada ketidakyakinan sepenuhnya terhadap teknologi. Beliau memulakan falsafah pertama yang dikenali sebagai “anarki teknologikal” yang menekankan kepentingan teknologi dan pengetahuan sebagai peralatan yang harus dikuasai bagi mendapatkan kemewahan, kuasa dan penguasaan alam persekitaran. “Teknofilia” pula menjadikan pemburuan teknologi sebagai satu matlamat utama. Teknologi seolah-olah mengawal manusia akibat dari identifikasi tidak sedar manusia dengan teknologi sehingga manusia tidak dapat memisahkan diri mereka daripada teknologi dan melihat sesuatu itu secara objektif. “Teknofobia” bertindak menghapuskan pengawalan teknologi terhadap kehidupan manusia dengan tujuan mengembalikan teknologi di bawah kawalan manusia dan menyediakan asas bagi evolusi reka bentuk teknologi yang bersesuaian.
            McGinn mengakhiri tahap falsafahnya ini secara optimistik dan rasional dengan menggambarkan hubungan harmoni dan bertimbal balik antara manusia, teknologi dan alam persekitaran. Berbeza dengan pandangan pesimistik Postman (1993) yang menyalahkan teknologi sebagai penceroboh budaya, McGinn menyanjungi sumbangan teknologi dalam memenuhi keperluan manusia. Manusia tidak lagi dikawal oleh teknologi sebaliknya menyumbang kepada penciptaan teknologi dengan daya kreativiti serta kemahiran yang ada. Tahap akhir dalam falsafah McGinn berkaitan penggunaan teknologi ini menggambarkan bagaimana kematangan manusia berupaya merasionalisasi keperluan mereka dengan penggunaan teknologi yang bersesuaian.
          Era imperialisme telah wujud semenjak abad ke-19 lagi. Imperialisme boleh didefinisikan sebagai usaha-usaha untuk menjajah atau menguasai dunia. Ianya bermula dengan kolonialisme apabila kuasa imperialis seperti Britain, Perancis dan Jerman mula menakluk dan memerintah kawasan jajahan yang terkecil.Terdapat empat trend utama yang berkaitan dalam arena teknologi komunikasi dunia pada dekad ini. Keempat-empat trend ini telah diperkukuhkan lagi imperialisme budaya iaitu digtization, consolidation, deregulation dan globalization (C.J Hamelink). Digitization merupakan satu teknologi pemancaran dan pemprosesan data dalam bentuk kod komputer yang cepat dan tepat. Syarikat-syarikat konglemerat berusaha untuk memajukan teknologi ini supaya mempunyai daya saing yang lebih tinggi. Pelbagai hardware dan software didigitasi oleh mereka di negara maju khusunya dalam barangan pengguna seperti compact disc (CD).
        Sejak sekian lama, kita perlu mengakui bahawa teknologi dan sistem komunikasi dunia telah dikuasai oleh Negara-negara dunia pertama. Negara dunia pertama ialah negara yang maju di mana mempunyai tahap ekonomi dan politik yang stabil serta taraf hidup penduduk yang tinggi. Sebagai contoh, Amerika Syarikat, England, Jepun, dan lain-lain lagi. Dari Negara-negara maju inilah gergasi media dunia beroperasi menyebarkan maklumat ke seluruh dunia. Melalui syarikat multinasional, maklumat bukan sahaja menjadi komoditi utama, malah produk budaya turut dieksport ke negara-negara dunia ketiga. Syarikat sebegini biasanya terdiri daripada pengeluar filem, penerbit buku, stesen televisyen, agensi berita, dan sebagainya.
         Sebagai akibat, wujudlah apa yang disebut sebagai neo-kolonialisme yang merupakan satu bentuk penjajahan baru bagi menggantikan kolonialisme yang tersingkir lewat perang dunia kedua. Gejala tersebut menjadi kebimbangan kerana ancaman produk-produk budaya yang dibawa masuk dari negara dunia pertama mampu meranapkan sesebuah negara sekiranya pemerintahnya tidak berhati-hati. Sebagai contoh, filem-filem dari Amerika Syarikat telah berjaya menembusi negara-negara timur yang terkenal dengan adab sopannya dan meruntuhkan nilai-nilai murni yang dimiliki selama ini. Penayangan filem-filem berbentuk ‘superhero’ seperti ‘Spiderman’ dan ‘Batman’ dilihat mampu menembus jangkauan fikiran anak-anak sehingga menjadi idola yang mungkin melakukan aksi-aksi yang membahayakan.
       Negara-negara dunia pertama juga menguasai Negara-negara dunia ketiga dari segi ekonomi. Sebagai contoh, oleh sebab negara-negara dunia ketiga mempunyai bekalan sumber kewangan yang terhad, ia memerlukan pengaliran modal yang banyak untuk memajukan ekonominya iaitu dengan mendapat bantuan kewangan dari International Monetary Fund (IMF) dan World Bank di mana Amerika Syarikat merupakan penyumbang utama kepada kedua-dua badan ini. Hal ini menyebabkan negara-negara dunia ketiga terikat dengan syarat-syarat yang dikenakan oleh badan-badan itu. Kesan-kesan imperialisme negara-negara dunia pertama ke atas negara-negara dunia ketiga akan dibincangkan dalam segmen yang seterusnya.

Bentuk-bentuk Imperialisma
Masyarakat terbentuk melalui aliran modal, aliran maklumat, aliran teknologi, aliran interaksi organisasi, aliran imej, suara dan simbol. Aliran tersebut bukan hanyalah salah satu elemen organisasi sosial, ia adalah luahan proses dominasi ekonomi, politik dan simbolik hidup kita. Justeru itu, wujudlah satu bentuk reruang baru yang membawa ciri-ciri tindakan sosial, yang akan menentukan masyarakat rangkaian maklumat. Reruang yang dimaksudkan adalah ruang aliran (Castells, 1996).
       Terdapat pelbagai pengaruh terhadap teknologi maklumat dari Negara dunia pertama kepada negara membangun. Antaranya adalah dari segi pendidikan, pengakutan samada pengakutan jalan,laut, dan udara, perubatan, seni dan hiburan, perdagangan dan perindustrian dan sebagainya. Dari segi pendidikan, terdapat banyak perubahan yang telah dibuat oleh Negara dunia pertama. Antaranya adalah membuat pendidikan jarak jauh yang sekarang ini makin popular dan makin diguna pakai oleh Negara-negara membangun.
       Malah dari segi pengakutan pula, terdapat pelbagai perubahan yang telah di buat oleh negara dunia pertama yang sekarang ini cuba mempengaruhi negara dunia kedua dan ketiga. Contohnya, Amerika Syarikat telah mewujudkan Sistem Kedudukan Global di mana peta tidak lagi diperlukan, sistem ini akan menentukan jalan yang paling pendek serta cepat dan memandu kenderaan anda ke destinasi yang telah ditentukan. Dari segi pengakutan laut pula, wujudnya Emergency Position Indicating Radio Beacons(EPIRB) yang telah memudahkan pelayar-pelayar menghantar isyarat kecemasan sekiranya timbul sebarang masalah. Kedudukan pelayar tersebut akan ditentukan melalui Sistem Kedudukan Global dan bantuan akan dihantar secepat mungkin. Namun masalah komputer seperti Y2K boleh memberi pengaruh negatif terhadap sistem tersebut. Kecacatan ataupun dilemma komputer tersebut boleh mencacatkan sistem kedudukan global dan menyebabkan kapal-kapal menghadapi masalah penentuan lokasi (Star,1999).
      Selain daripada itu, dari segi perubatan pula, Tele-perubatan telah diguna pakai di mana pesakit tidak perlu berjumpa dengan doktor. Ini adalah kerana dalam kebanyakan kes, doktor cuma memeriksa pesakit melalui sintom yang diberitahu oleh pesakit sendiri. Justeru itu, suatu program yang menyeluruh dan sentiasa diperbaiki adalah memadai untuk menggantikan tugas sedemikian. Britain telah menggunakan sistem sedemikian untuk mengurangkan beban doctor (Laver, 1989).
       Bagi seni dan hiburan pula, penggunaan digital dan alam maya telah pun diperkenalkan di mana kini di dalam dunia hiburan timbul unsur cetak rompak yang berleluasa akibat daripada teknologi yang semakin canggih ini.Negara dunia pertama juga telah mewujudkan penggunaan telekomunikasi atau rangkaian yang luas untuk melaksanakan pemindahan kewangan dari segi perdagangan dan perindustrian. Menjelang tahun 2001, gedung membeli-belah berangkai (online shopping) dijangka akan menarik antara $3.5 hingga $6 juta di Amerika Syarikat (Meyer, 1999). Di Malaysia, gedung-gedung seperti Parkson, Sapura, 3Comm dan Biz.st telah menawarkan khidmat beli-belah berangkai. Rasionalnya adalah kadar penggunaan internet yang tinggi akan menggalakkan penawaran sedemikian.
      Pandangan Optimis dan Pesimis Mengenai Imperialisma
Menurut pandangan optimis sememangnya teknologi membawa pengaruh positif terhadap perkembangan dunia ke-tiga kerana ia membantu untuk memajukan Negara dunia ke-tiga. Ini kerana teknologi yang yang dibeli boleh memberi perubahan dari pelbagai aspek. Contohnya pembelian satelit dari Negara dunia pertama memudahkan Negara mundur mengakses informasi dan sebagai alat komunikasi antara rakyat dan kerajaan. Melalui televisyen juga kerajaan dapat memberitahu segala agenda terbaru Negara untuk memperbaiki taraf hidup rakyat yang miskin. Oleh itu teknologi amatlah penting dalam proses komunikasi antara rakyat dan kerajaan. Selain itu melalui alat-alat teknologi canggih dari negara maju dalam bidang keselamatan juga memberi kelebihan kepada dunia ke-tiga untuk memastikan keselamatan negara terjamin.
      Kritikn kadar celik huruf dan apabila masyarakat ini boleh membaca, maka mereka boleh menggunakan informasi dan meningkatkan penggunaan informasi dan meningkatkan kadar perkapita. Ini akan mengakibatkan mereka mengambil tindakan demokratik dalam negara-negara itu dan meningkatkan kadar diterbitkan oleh UNESCO pada tahun 1980 dengan nama ‘Many Voice One World’. Menerusi laporan McBride telah berkembang secara pesat aliran bebas maklumat secara seimbang dan order baru maklumat komunikasi dunia (NWICO). Konsep atau prinsip aliran seimbang bertentangan dengan doktrin aliran bebas.
     Namun bertentangan dengan pandangan pesimis yang menyatakan bahawa pembelian teknologi dari negara maju hanya akan menguntungkan negara dunia pertama itu. Ini kerana apabila Amarika Syarikat contohnya menjual satelit kepada negara-negara miskin mereka bukan hanya menjual satelit sahaja tetapi menjual secara pakej, contohnya iklan. Justeru itu negara dunia pertama beranggapan bahawa tiada produk yang hendak ditotonkan kepada masyarakat justeru memaksa negara dunia ketiga membeli program-program mereka pula walau pun ekonomi mereka tidak begitu stabil. Disebabkan tiada kedudukan ekonomi yang stabil juga menyebabkan kebergantungan membeli program dari negara luar berbanding membuat sendiri. Oleh itu pembelian alat teknologi secara berhutang dengan negara maju juga akan menyebabkan negara lebih mundur.
     Perkembangan teknologi juga membawa keburukan selain kebaikan. Contohnya, Britian telah menguasai Negara India, China, dan Malaysia. Dalam jangka masa ini dikatakan bahawa firma-firma dan organisasai kian membesar dan akibatnya sistem monopoli berkembang dalam bentuk gabungan kesatuan pedagang-pedagang dan perusaan yang dinamakan CARTELS atau kumpulan perdagangan. Bila ini berlaku, banyak firma yang dibentuk dan keuntungan kian menurun. Dalam jangkamasa itu menerusi kolomalisme beberapa negara dunia ketiga yang bukan sahaja dijajah oleh Eropah tetapi turut dihubungkan secara ekonomi dengan negara Eropah ini. Menurut Rosa Luxembourg, proses eksplotasi melibatkan penggunaan tentera untuk menguasai kawasan jajahan, ini mungkin berlaku di awal penjajahan.
       Mengikut konsep imperialisme pada masa sekarang telah wujud satu situasi ketidakseimbangan di mana terdapat satu sistem pertukaran yang tidak sama ataupun ‘unequal exchange’ dan ia berlaku di antara negara membangun dan maju. Perbadanan antarabangsa di negara membangun dan negara maju termasuklah EMI dan IBM yang telah terdapat satu perkembangan perhubungan dominasi dan pergantungan. Masalah laporan ini ialah terlalu menumpu perhatian terhadap sistem dominan negara maju terhadap negara mundur tanpa menganalisis kontradiksi- kontradiksi yang sedia wujud dalam setiap negara dan mengabaikan hubungan kuasa dan sistem hirarki dalam setiap negara membangun.
       Prinsip NWILO berdasarkan kepada falsafah kedaulatan negara dan konsep budaya tulin. Falsafah kedaulatan negara ini berkaitan dengan daya usaha negara-negara yang telah merdeka di mana negara-negara ini hendak memperhebatkan tenaga mereka untuk memecahkan ikatan ekonomi dan budaya dengan negara-negara penjajahan. Pengimportan bahan-bahan media dari negara-negara maju akan menjejaskan perkembangan ekonomi mereka iaitu negara-negara membangun terpaksa membayar lebih untuk bahan import berbanding dengan bahan-bahan tempatan dan tidak setanding dengan apa yang di eksport dengan bahan media tempatan ke negara barat. Berlaku juga penjejasan perkembangan budaya akibat negara dunia ketiga menggunakan pengaruh teknologi dunia yang telah maju.
          Oleh yang demikian, pemimpin daripada Negara dunia ke-tiga haruslah bijak mengambil keputusan dalam pembelian teknologi. Ini kerana pembelian teknologi melibatkan perbelanjaan yang tinggi. Sememangnya teknologi diperlukan dalam sesebuah Negara tetapi penting juga dalam mempertimbangkan dari segi ekonomi, pembangunan dan penerimaan masyarakat pada masa itu. Ini penting kerana jika hanya mempunyai teknologi yang canggih tetapi masyarakat masih tidak bersedia menggunakannya jadi ia adalah tidak bernilai seterusnya membawa kepada pembaziran wang negara.

Saturday, February 19, 2011

6. ALUR RAHSIA FACEBOOK MENCAPAI KERJAYAAN

PEMUDA DUNIA ARAB REVOLUSI BERJAYA



Kini, Facebook telah menjadi satu kegemaran di kalangan remaja di seluruh dunia. Namun begitu, kebanyakan daripada mereka hanya menggunakan Facebook sebagai satu alat komunikasi dengan rakan-rakan di merata dunia sahaja. Bagi sekumpulan remaja di Mesir dan Tunisia pula, mereka telah berjaya manunjukkan dan membuktikan di mana perkembangan teknologi ini, iaitu Facebook telah membawa kapada perubahan besar di negara mereka.
Pada minggu ini, isu-isu yang paling hangat di seluruh dunia adalah revolusi yang telah berlaku di Mesir dan akhirnya membawa kepada keruntuhan kerajaan Mubarak di Mesir. Dalam revolusi ini, Facebook telah memainkan peranan penting bagi menjayakan revousi ini. Pertukaran maklumat di Facebook adalah sebahagian daripada kerjasama dua tahun yang luar biasa yang telah melahirkan kekuatan baru di dunia. Remaja Mesir dan Tunisia yang aktif dan giat dalam kegiatan mencapai demokrasi rakyat telah menggunakan teknologi untuk mengelakkan pengawasan, menukar maklumat dan juga taktik demonstrasi yang berkesan bagi menjayakan matlamat mereka.

Dalam satu petikan New York News telah menyatakan bahawa : “Tunis adalah kekuatan yang mendorong kepada perubahan di Mesir, dan Mesir akan muncul sebagai kekuatan baru yang mendorong dunia." kata Walid Rachid, salah satu anggota Gerakan Pemuda April 6, yang membantu menetapkan 25 Januari protes yang berangkat pemberontakan. Kini, memandangkan revolusi telah berjaya, Walid Rachid dan rakan seperjuangnya sedang berbincang tentang cara untuk berkongsi pengalaman mereka dengan gerakan pemuda serupa di Libya, Algeria, Maghribi dan Iran. Pengaasa Gerakan Pemuda April 6, Ahmed Maher, seorang jurutera awam 30 dari Gerakan Pemuda April 6, pertama kali menjadi terlibat dalam gerakan politik yang dikenali sebagai Kefaya, atau Cukup, pada sekitar 2005. Mr Maher juga manubuh sebuah parti yang bernama Pemuda Untuk Perubahan. Tetapi mereka tidak dapat mengumpulkan cukup pengikut; disebabkan penangkapan hancur jajaran kepemimpinan mereka. Kebanyak daripada mereka meninggal dan menyertai parti-parti pembangkang yang diakui undang-undang. Pada tahun 2008, kebanyakan penyelenggara muda itu berundur ke keyboard komputer mereka dan berubah menjadi blogger, cuba untuk meningkatkan sokongan bagi menyuarakan ketidakpuasan terhadap penswastaan kerajaan dan inflasi. Pada tahun yang sama, Mr Maher dan rakan-rakannya menyeru mogok umum nasional pada April 6. Untuk mempromosikan itu, mereka mendirikan sebuah kumpulan Facebook yang menjadi perhubungan gerakan mereka, yang mereka bertekad untuk tetap bebas daripada kumpulan politik yang mapan. Hanya beberapa bulan kemudian, selepas mogok di Tunisia, sekumpulan penganjur talian muda mengikuti model yang sama, menyiapkan apa yang menjadi Pemuda Progresif Tunisia. Jawatankuasa di kedua-dua negara mula bertukar pengalaman mereka selama boleh. Para Tunisia menghadapi negara polis lebih luas daripada Mesir, dengan lintang lebih sedikit untuk kebebasan blogging atau tekan, tapi kesatuan pekerja mereka lebih kuat dan lebih mandiri. "Kami berkongsi pengalaman kami dengan mogok dan blogging," kenang Mr Maher. Pengaruh lain, beberapa kata, adalah sekumpulan ekspatriat Mesir di usia 30-an mereka yang membentuk sebuah organisasi di Qatar disebut Akademi Laman, yang mempromosikan idea-idea ditarik sebahagian pekerjaan Mr Sharp. Salah satu penyelenggara kumpulan, Hisham Morsy, ditangkap selama protes Kaherah dan tetap dalam tahanan. "Akademi Laman adalah semacam seperti Karl Marx, dan kita seperti Lenin," kata Basem Fathy, organizer lain yang kadang-kadang bekerjasama dengan Gerakan Pemuda April 6 dan juga pengarah projek di Akademi Demokrat Mesir, yang menerima geran dari Amerika Syarikat dan menumpukan pada hak asasi manusia dan pilihan raya-pemantauan. Selama pendudukan pengunjuk rasa 'dari Tahrir Square, katanya, ia menggunakan koneksinya untuk meningkatkan sekitar $ 5100 dari pengusaha Mesir untuk membeli selimut dan khemah.
Hasilnya adalah kumpulan Facebook Mr Ghonim menetapkan: Kita Semua Said Khalid, selepas Mesir muda yang dipukul sampai mati oleh polis. Mr Ghonim - tidak diketahui oleh orang awam, tetapi bekerja sama dengan Mr Maher dari Gerakan Pemuda April 6 dan salah satu kenalan dari kumpulan Mr ElBaradei - mengatakan bahawa dia menggunakan Mr Syed membunuh untuk mendidik orang Mesir tentang gerakan demokrasi. Dia mengisi halaman dengan klip video dan artikel surat khabar tentang kekerasan polis. Dia berkali-kali dipalu rumah mesej sederhana: ". Ini adalah negara anda, seorang pegawai kerajaan adalah pekerja anda yang mendapat gaji dari wang cukai anda, dan anda mempunyai hak anda" Dia baling khusus di distorsi media rasmi, kerana ketika rakyat "ketidakpercayaan media maka anda tahu bahawa anda tidak akan kehilangan mereka," katanya. Dia akhirnya menarik ratusan ribu pengguna, membina kesetiaan mereka melalui latihan dalam penyertaan demokrasi dalam talian. Ketika penyelenggara merancang "hari keheningan" di jalan-jalan Kaherah, misalnya, ia disurvei pengguna pada apa kemeja warna mereka harus semua memakai - hitam atau putih. (Ketika pemberontakan meletup, kerajaan Mubarak menahannya selama 12 hari dalam isolasi mata tertutup dalam usaha terlambat untuk menghentikan pekerjaannya.)

Kerjayan revolusi kali ini yang melibatkan penggunaan teknologi terutamanya Facebook sebagai satu perantaraan komunikasi dan platfom untuk menyuarakan pandangan telah menunjukkan bahawa teknologi boleh digunakan dalam pelbagai tujuan dan membantu dalam kehidupan harian manusia. Para belia dinasihati agar menggunakan teknologi dengan sebaiknya bagi mewujudkan masa hadapan yang lebih cerah dan bukan hanya untuk mengisikan masa lapang sahaja. Bagaimana pula dengan anda?


Sunday, February 13, 2011

5. MISI ANGKASAWAN NEGARA PENCETUS SEMANGAT BELIA


Pemilihan Dr. Sheikh Muzaffar sebagai angkasawan pertama Malaysia.

Program Angkasawan Negara Malaysia bermula pada 2006 untuk menghantar angkasawan dari negara Malaysia ke angkasa lepas. Pada 4 September 2007, Sheikh Muszaphar Shukor telah dipilih sebagai Angkasawan Malaysia yang pertama. Beliau telah berlepas ke Stesen Angkasa Antarabangsa menaiki Soyuz TMA-11 pada 10 Oktober 2007 yang lalu.Dr Sheikh Muszaphar Shukor, 35 tahun terpilih oleh Jawatankuasa Pemilihan Angkasawan Agensi Angkasa Rusia (Roscosmos) sebagai angkasawan pertama Malaysia untuk misi ke angkasa lepas. Tahniah kepada Malaysia kerana sudah mampu mencatat sejarah menghantar angkasawan sendiri ke ruang angkasa. Tahniah Malaysia!
Doktor bedah ortopedik berusia 35 tahun dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang berasal dari Seremban itu berada selama 10 hari di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS).
Beliau juga diikuti bersama Komander Peggy Whitson dari Amerika Syarikat dan jurutera penerbangan Yuri Malenchenko dari tapak pelancaran Baikaonur Cosmodrome pada pukul 7.21 malam waktu tempatan (9.21 malam waktu Malaysia). Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr Jamaluddin Jarjis berkata, pemilihan Dr Sheikh Muszaphar berasaskan pencalonan asal oleh Malaysia kepada Roscosmos yang mencalonkan Dr Sheikh Muszaphar sebagai calon pertama dan Kapten Dr Faiz Khaleed, 27, sebagai calon kedua.
Selain itu, jawatankuasa berkenaan mengambil kira laporan semua komponen dan pihak yang terlibat dalam melatih kedua-dua angkasawan itu, katanya. Beliau berkata, semasa keputusan itu diumumkan, Dr Sheikh Muszaphar dan Dr Faiz serta krew masing-masing turut hadir. Katanya, mesyuarat setengah jam itu juga bersetuju supaya Dr Faiz dihantar menyertai misi angkasa bagi sesi 2008/09 dan sementara itu, dibenarkan turut berlatih di Pusat Latihan Angkasawan Yuri Gagarin, di Star City, Moscow, Rusia.
Program Angkasawan Malaysia ini merupakan sebahagian daripada program timbal balik Malaysia dengan Russia. Malaysia telah membeli 18 jet pejuang Sukhoi SU-30 MKM dan pesawat udara pelbagai guna bernilai RM3.4 bilion dari Russia.
Jika menghantar sendiri memerlukan kos yang tinggi .Bandingkan penghantaran satelit komunikasi saja mencecah RM1.5 bilion, iaitu kos satelit kira-kira RM700 juta, pelancar RM350 juta dan baki adalah insfrastruktur lokasi pelancaran. Kos melonjak empat atau lima kali ganda jika buat sendiri.Itu pun jika kita membeli peralatan dan prasarana dari Russia atau Amerika.Tetapi negara maju tidak mungkin menjual teknologi ini kerana pelancar kapal angkasa lepas ini boleh diubahsuai menjadi pelancar peluru berpandu atau roket nuklear.

Peranan Angkasawan Negara dalam memotivasikan belia.



Sekembalinya angkasawan ke tanah air, beliau sebenarnya memikul pelbagai tanggungjawab yang berat. Salah satu tanggungjawab beliau adalah untuk menanam semangat dalam diri belia dan pelajar. Kali ini kami akan mengupas beberapa peranan angkasawan dalam miningkatkan semangat belia. Pertama, angkasawan berperanan untuk memberi motivasi kepada remaja dan pelajar sekolah. Sebemnarnya, tanpa kita sedari, ceramah atau motivasi yang disampaikan oleh seseorang yang berjaya dan menjadi kebanggaan Malaysia boleh mengubah cara pemikiran dan kelakuan seseorang. Tambahan pula, remaja atau pelajar ini menyimpan kasrat buntuk menjadi seperti beliau pada masa akan datang.
Pada masa sekarang, kita dapati remaja atau pelajar lebih cenderung menerokai bidang yang tidak melibatkan sains. Cuba kita lihat keadaan sekarang, remaja lebih gemar menceburi bidang seni seperti bidang muzik, seni lukis dan sebagainya. Jadi, pada pendapat kami, angkasawan berperanan mempengaruhi remaja atau pelajar untuk mendalami ilmu-ilmu berkaitan dengan sains. Oleh itu, angkasawan memainkan peranan yang penting dalam menyuntik semangat mereka untuk menerokai ilmu sains dengan lebih mendalam.
Semestinya, angkasawan menjadi kebangaan rakyat Malaysia dan sekaligus akan menjadi idola kepada belia atau pelajar. Dengan menjadi idola kepada mereka, beliau sebenarnya membawa imej yang baik kepada mereka. Sekaligus beliau berperana membawa imej yang baik, bukan sahaja pada rakyat Malaysia tapi juga dimata dunia.

Cabaran bagi merialisasikan misi angkasawan.
Antara cabaran yang perlu di tempuhi bagi merialisasikan misi angkasawan ialah keadaan struktur ekonomi yang tidak menentu dan mencabar pada waktu kini. Ini boleh dilihat bahawa pihak kerajaan terpaksa mengawal pengeluaran bajet dan peruntukan bagi setiap kementerian. Ini sedikit sebanyak memberi kesan kepada program penghantaran angkasawan kerana ia memerlukan dana yang besar bagi menampung pembiayaan kos penghantaran dan latihan ke luar negara yang kini di bawah Kementerian Sains Teknologi Dan Inovasi (MOSTI).
Selain itu, pendedahan yang kurang terhadap belia tentang bidang astronomi merupakan salah satu cabaran utama bagi merialisasikan misi angkasawan. Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia dan Kementerian Pengajian Tinggi perlu menekankan aspek pembelajaran sains dan teknologi bagi peringkat sekolah dan universiti. Ini penting kerana ia dapat mendedahkan kepada belia betapa pentingnya ilmu sains dan teknologi angkasa serta pihak universiti perlu menyediakan kursus dalam bidang Sains angkasa(Eurospace) bagi menarik belia merialisasikan misi ini.
Di samping itu, Badan Bukan Kerajaan(NGO) perlulah melakukan kempen yang berterusan bagi menyedarkan kepada belia dengan menyertai program-program yang berkaitan dengan angkasawan. Ini dapat di lihat bahawa kurangnya kempen yang di lakukan dan tidak mendapat sambutan di kalangan belia kerana ia dibuat sekadar hangat-hangat tahi ayam serta di lakukan secara bermusim. Secara keseluruhannya, semua pihak perlu bertanggungjawab bagi merialisasikan misi angkasawan bagi kepentingan generasi akan datang.