Teknologi pendidikan ialah satu sistem yang meliputi alat dan bahan media, organisasi yang digunakan secara terancang bagi menghasilkan kecekapan dalam pengajaran dan keberkesanan dalam pembelajaran.Ia merupakan proses pengajaran dan pembelajaran kerana ia memfokuskan kepada isi-isi penting kepada topik yang akan disampaikan, dengan cara ini, membolehkan masa,tenaga dan wang dapat dijimatkan. Selain itu juga ia dapat mengelakkan rasa bosan pelajar seterusnya mengekalkan minat pelajar. Ia juga boleh menghiburkan pelajar. Dengan adanya teknologi dalam pendidikan ini, ia dapat mengelakkan berlakunya tidak faham atau salah tafsir terhadap konsep melalui deria melihat, mendengar atau menyentuh. Dapat membetulkan sebarang kekeliruan atau salah tafsir kerana ia memberi sesuatu gambaran yang menyeluruh dan jelas sesuatu konsep dan kaitannya dengan kehidupan seharian. Contohnya penggunaan visual yang diikuti oleh audio akan melibatkan deria lihat dan dengar dan mungkin deria sentuh. Penglibatan deria ini akan meningkatkan daya ingatan pelajar. Teknologi dalam pendidikan memberi kelainan dan kepelbagaian kepada kaedah mengajar iaitu membantu pelajar mendapat kesan pembelajaran yang maksimum dengan penggunaan masa yang minimum. Kelebihan teknologi dalam pendidikan juga dapat memperkayakan pengalaman pelajar. Contohnya media bergerak boleh memperkayakan pengalaman murid. Kejadian yang tidak pernah mereka lihat atau alami akan dapat mereka saksikan sendiri dan ini menjadikan mereka seoalah-olah mereka mengalaminya.
CONTOH PENGGUNAAN VIDEO DALAM PENDIDIKAN
Penggunaan video sememangnya menjanjikan pelbagai kelebihan sama ada digunakan secara sendirian atau secara intergrasi berkumpulan. Ini kerana penggunaan video dalam pendidikan dapat menarik menarik perhatian dalam proses pengajaran dan pembelajaran.Pengguanna video dalam pembelajara dam pengajarana adalah seperti berikut:
- Maklumat adalah lebih realistik-video mampu mempersembah suatu masej dengan lebih realistik dan menyerupai keadaan yang sebenar
- Mampu meransang pelbagai deria- media bersifat dianamik dan mampu meransang pelbagai media dimana dapat membantu proses pengajaran dan pembelajaran
- Memudahkan proses pengulangan-dalam sesuatu pengajaran yang secara berulang-ulang dapat dilakukan dalam satu video sahaja. Contoh pembuatan experience di dalam makmal tidak perlu dilakukan secara berulang kali.
- Meningkatkan keberkesanan dalam proses pengajaran dan pembelajaran-Penggunaan video dapat memepercepatkan pemahaman dan pembelajaran dalam kelas dimana dapat menjimatkan masa dan tenaga.
- Mampu meraih emosi dan mengubah sikap-Paparan secara penggunaan video dapat meransang emosi dan ransangan adalah lebih realistik berbanding penggunaan imej yang bersifat statik.selain itu juga paparan video juga dapat menarik perhatian secara emosi dan mempermudahkan proses pengajaran dan pembelajaran.
- Membentuk kemahiran dengan lehih pantas dan berkesan- Dalam mempelajari dalam sesuatu kemahiran seperti perisian computer,melakukan ulangkaji, penggunaanperalatan, demonstrasi dan tunjuk ajar amat diperlukan.Video digital dapat membentuk kemahiranlebih pantas dan berkesan.
- Menjimatkan masa, tenaga dan perbelanjaan-Pengunaan video dalam pembelajaran memerlukan banyak perisian dan kadang-kadangnya mahal harganya namun ia amat berguna dalam proses jangka masa yang panjang.Proses penerangan dengan pengguanaan video lebih mudah, realistic dan menjimatkan kerana penggunaan imej,muzik, animasi dan sebagainya mampu menarik perhatian dan memudahkan pemahaman dalam pembelajaran.
No comments:
Post a Comment