Thursday, January 13, 2011

1. Penyalahgunaan Teknologi Dikalangan Belia

Penggunaan teknologi komunikasi sinonim dengan golongan belia. Belia dengan kata lain, belia alaf masyarakat maklumat dan masyarakat global mesti mempunyai jati diri yang mantap. Potensi mereka sama dari segi semangat, tekad juang, fikiran, sikap dan daya cipta adalah arus dibangunkan dan dimanfaatkan. Salah satu aspek utama yang perlu diberi perhatian adalah identiti diri belia. Identiti diri yang boleh mengambarkan budaya hidup seseorang individu melalui teknologi. Teknologi komunikasi dan belia tidak dapat dipisahkan lagi. Walaupun ia memberi banyak kebaikan kepada belia namun terdapat juga keburukan disebalik kebaikannya. Sebagai contoh penggunaan internet, telefon bimbit dan televisyen yang dikatakan memberi implikasi sosial kepada belia.



INTERNET


Pendedahan kepada komputer dan teknologi maklumat (IT) mewujudkan budaya celik komputer dikalangan masyarakat terutama belia. Kalau komputer boleh diibaratkan sebagai sebilah pisau, ia boleh memotong dan juga membunuh. Kita khuatir terhadap kecenderungan sesetengah golongan masyarakat terutama belia yang membuang masa di depan komputer dan tidak memanfaatkan maklumat yang boleh ditimba. Ada belia yang duduk sepanjang hari di depan komputer untuk melayari talian "chat" pornografi, dan permainan video.

"Technology change every second". Berdasarkan pengertian ini, setiap penduduk dunia, jika boleh tidak mahu ketinggalan dalam mengejar arus perkembangan teknologi yang begitu pesat. Dalam kita mengejar arus kemodenan, Internet telah banyak memberi input dan merupakan salah satu penyalur maklumat penting dan terkini. Banyak faedah yang boleh didapati menerusi penggunaan Internet, cuma manusia sahaja yang sering menyalahgunakan Internet ke arah kerosakan moral dan etika. Adalah lebih baik kita kupaskan serba sedikit keburukan Internet di negara ini.
Penyalahgunaan yang sering kita dengar adalah pengiriman spam di kategorikan sebagai sampah Internet merupakan salah guna yang terbesar. Tidak kurang juga dengan kes pemalsuan yang antara lain melibatkan pengubahsuaian laporan dan data sesebuah organisasi swasta dan awam. Wujud juga kes penyebaran virus dan ugutan menggodam. Sesetengah pihak yang membuat kajian terhadap isu jenayah dan keselamatan komputer sebelum ini pernah mendedahkan bahawa sebahagian respodan yang terlibat dalam tinjauan tersebut melaporkan kerugian dari segi kewangan akibat serangan penceroboh. Jika ditafsirkan, nilai kerugian terkumpul dari segi kewangan tidak mustahil boleh mencecah jutaan ringgit.
TELEFON


Teknologi telekomunikasi telah banyak mengubah gaya hidup manusia, termasuk masyarakat di negara kita. Jika satu ketika dulu telefon bimbit salah satu lambang kemewahan atau barangan eksklusif lagi berprestij, tetapi kini persepsi itu telah berubah. Telefon mudah alih atau juga dikenali sebagai telefon bimbit atau telefon selular sudah menjadi keperluan harian. Bayangkan jika anda tidak memiliki telefon bimbit sekarang. Bagi sesetengah orang, mereka akan terasa benar, bertapa sukarnya hidup tanpa peranti ranggi itu. Disebalik kecanggihan teknologi telefon bimbit juga, wujudnya penyalahgunaan dikalangan belia dan memberi impak yang negatif kepada belia pada masa kini.
Contohnya: AKSI-AKSI panas pelajar di sekolah yang disebarkan menerusi telefon bimbit amat memalukan.

BARU-BARU ini, sebuah sekolah menengah di Kuala Terengganu mendapat perhatian 'lebih', gara-gara aksi panas seorang pelajar perempuan dalam klip video yang tersebar ke serata Malaysia. Klip video yang berlatarbelakangkan sebuah kelas itu menjadi pilihan lokasi penggambaran 'krew remaja' yang sepatutnya menelaah buku. Rakaman video yang dibuat menerusi telefon bimbit berkamera seperti itu sebenarnya bukan perkara baru dan tidak hanya berlaku di sekolah. Sekali-sekala dada akhbar turut mendedahkan kes seperti ini yang berlaku di bilik sewa, taman rekreasi dan sebagainya. Suka atau tidak, ia seakan satu trend dalam era teknologi hari ini. Justeru itu, salah siapa? Adakah kita perlu salahkan teknologi? 
Jika pengaruh komunikasi teknologi maklumat (ICT) yang dipersalahkan, bukankah kita tidak berkuasa sepenuhnya untuk menentukan trend global? Hakikatnya, manusia terpaksa hanyut dengan arus peredaran zaman.
"Inilah namanya 'fenomena global'. Kalau tak ada 'handphone', macam tak kena dengan masa kini. Tapi, ini jugalah harga yang perlu dibayar. Maksudnya, nikmat pembangunan kebendaan yang hadir dengan kesan positif dan negatif," menurut pandangan Dr. Sarjit Singh Gill, seorang Ahli Antropologi Sosial dari Universiti Putra Malaysia (UPM).
Masyarakat perlu sedar teknologi komunikasi bertujuan mempermudah urusan dan untuk memperkayakan ilmu, serta menjadi medan pertukaran, pendapat dan idea. Akan tetapi, pengaruh budaya luar terutamanya dari barat telah merosakkan minda masyarakat kita yang selama ini terkenal dengan adab ketimuran dan penuh dengan sopan santun. Kita perlu ingat dalam mengejar arus globalisasi yang semakin pantas, dan untuk melengkapkan diri seiring dengan negara maju yang lain, kita tidak perlu menggadaikan maruah dan jati diri kita sebagai orang timur.
Sebagai rakyat Malaysia yang bijak, kita hendaklah cuba mewujudkan satu budaya penggunaan teknologi yang sihat dalam usaha kita memperlengkapkan diri sebagai seorang yang berilmu dan berpengetahuan. Ini membolehkan kita terus bersaing dalam dunia yang dikuasai dan dimonopoli oleh pelbagai teknologi terkini yang menjadi penggerak pembangunan dan kemajuan sesebuah negara. Mampukah kita??

No comments:

Post a Comment