Teknologi boleh membawa pada arus permodenan.Teknologi merupakan satu konsep yang luas dan mempunyai lebih daripada satu takrifan:-
1) Takrifan yang pertama ialah pembangunan dan penggunaan
alatan, mesin,bahan dan proses untuk menyelesaikan masalah
yang dihadapi oleh manusia.Contoh mesin basuh dimana
manusia amat memerlukan mesin tersebut untuk membasuh
pakaian pada setiap hari,selain itu juga telefon bimbit adalah
salah satu medium yang mampu membantu manusia kerana
talefon bimbit boleh menghubungkan antara satu sama lain.
2) Takrifan yang kedua digunakan dalam bidang ekonomi, dimana teknologi
dilihat sebagai tahap pengetahuan semasa dalam menggabungkan sumber
bagi menghasilkan produk yang dikehendaki.Contoh seperti penggunaan
internet,internet diaplikasi ke dalam sistem komputer untuk memberi maklumat
kepada pengguna yang melayari internet tersebut.
Takrifan teknologi terhadap aplikasi pengetahuan sains yang boleh memanfaatkan serta menyelesaikan masalah manusia yang dihadapi dalam kehidupan seharian.Selain itu juga teknologi sering di kaitkan dengan pekerjaan.Ini kerana Pekerjaan merupakan asas kepada kehidupan setiap individu. Ia membolehkan seseorang itu menjadi penyumbang utama kepada masyarakat dan juga ekonomi negara disamping menyediakan kerperluan asas kepada ahli keluarga yang berada di bawah tanggungannya.
Menurut Prof Manuel Castells Olivánia berpendapat bahawa perubahan bentuk rangkaian syarikat mendahului teknologi elektronik internet yang berkaitan dengan bentuk organisasi dan tiada struktur hubungan yang sistematik di antara penggunaan teknologi maklumat dengan evolusi pekerjaan dalam ekonomi secara keseluruhannya.Sebelum adanya teknologi kehidupan manusia dalam bidang pekerjaan amat sukar ini kerana semua kerja hendaklah dilakukan secara tradisional,contohnya dimana setiap pejabat mempunyai beratus-ratus dokumen yang perlu di simpan di dalam satu bilik yang mempunyai banyak rak dan ini menyukarkan untuk membuat semakan atau pencarian maklumat kerana terlampau banyak dokumen tersusun di rak tersebut. Di sebabkan itulah teknologi diwujudkan kerana teknologi boleh membawa arus permodenan dalam pendekatan yang lebih sistematik dan tersusun,seperti kes di atas dengan adanya teknologi yang semakin canggih semua data-data yang diperlukan boleh di simpan di dalam komputer.Ini lebih menyenangkan pencarian maklumat dan juga dapat menjimatkan ruang pejabat. Penggunaan komputer telah berevolusi kepada bentuk yang menampakkan pengaruh yang lebih mendalam ke atas kehidupan manusia. Contohnya penggunaan rangkaian ‘internet’ telah dan berupaya menyebabkan perubahan yang besar ke atas aspek fizikal, ekonomi dan sosial melalui globalisasi serta berkembangnya modal antarabangsa kapitalis. Teknologi maklumat akan membezakan sebuah negara maju dengan sebuah negara sedang membangun (Arun, 1999). Mengikut paradigma dominan teknologi berlandaskan beberapa andaian seperti teknologi membawa perubahan positif kepada masyarakat,Komunikasi boleh mendekatkan manusia yang terpisah jauh seperti telefon,Memberi laluan atau kemudahan kepada manusia untuk menimba ilmu pengetahuan,menghubungkan manusia dengan mudah contoh seperti talian 3G,dan" video conference'.
Mesin yang canggih juga digunakan di dalam kilang untuk menghasilkan produk yang lebih berkualiti dan boleh menghasilkan produk dalam kuantiti yang lebih tanpa manggunakan tenaga kerja yang banyak. Namun demikian, teknologi ini boleh menyebabkan berlakunya keuntungan atau kerugian yang berbeza diantara firma,industri,sektor,wilayah dan negara. Hal ini, ianya bergantung kepada keupayaan daya saing, strategi firma, dasar kerajaan, persekitaran institusi dan kedudukan relatif dalam ekonomi global. Penggunaan teknologi maklumat dalam kilang, pejabat dan sektor perkhidmatan telah mencetuskan kebimbangan pekerja bahawa mereka akan digantikan oleh peralatan. Namun berdasarkan pencapaian negara-negara seperti Amerika Syarikat dan Jepun, kebimbangan tersebut nampaknya tidak berasas. Merujuk kepada "1994 White Paper of the European Commision on Growth, Competitiveness, and Empoyment " antara 1970 dan 1992, ekonomi Amerika Syarikat bertumbuh 70% sementara pekerjaan bertumbuh 49%. Ekonomi Jepun bertumbuh sebanyak 173%, dengan pertumbuhan pekerjaan 25%. Di samping itu, antara 1993 dan 1996, apabila kebanyakan negara Eropah mempunyai kadar pengangguran yang tinggi, Amerika Syarikat yang menggunakan teknologi maklumat dalam pejabat dan kilang, telah menghasilkan lebih lapan juta pekerjaan baru (Castells, 1996).
Ahli teori perdagangan(Trade theorists) berhujah bahawa potensi pengurangan pekerjaan sebagai kesan penggunaan teknologi maklumat akan wujud sekiranya:-
| |||
Menurut DATUK DR. MAXIMUS J. ONGKILI, kehadiran teknologi dalam pekerjaan khususnya dalam tempat-tempat yang kurang maju seperti negeri Sabah, untuk membantu meningkatkan pertumbuhan ekonomi di negeri Sabah, dan menggalakkan pembangunan wilayah yang seimbang, mengurangkan jurang perbezaan pembangunan bandar dan luar bandar serta memastikan pengurusan hasil kekayaan negeri yang lebih bijak dan sistematik. mana,Manakala penggunaan teknologi dalam pekerjaan juga, menjuruskan urusan-urusan pengeluaran dan pemasaran secara elektronik dengan penjimatan-penjimatan kos melalui Pesanan-Pesanan Elektronik dalam E-dagang dan Pengeluaran Just-in-Time.Selain itu juga dengan adanya teknologi yang semakin canggih ini pekerja tidak perlu keluar untuk bekerja dimana hanya duduk di rumah juga boleh melakukan kerja.penggunaan teknologi dalam perniagaan perlu bijak untuk mendapatkan sebarang maklumat penting tentang pekerjaan tersebut. Tambahan pula, teknologi kini terdapat banyak informasi yang membolehkan pengguna untuk berusaha dengan merebut peluang yang ada. Hal ini, membawa kepada adaptasi pembaharuan yang lebih berkesan dan memberi cenderung dalam mendapatkan impak yang positif dimana sesebuah perniagaan atau pekerjaan sangat mementingkan perubahan secara cepat dan pantas.Justeru itu, realiti kejayaan sesebuah perniagaan tidak tertakluk kepada teknologi semata-mata. Hal ini, dapat dilihat dimana usaha seseorang itu penting dalam mencapai sasaran yang tersendiri dan mencapai objektif berdasarkan motif yang utama.Oleh itu, teknologi dalam pekerjaaan memainkan peranan penting dan memberi kesan ke atas generasi pada masa hadapan dimana penggunaan teknologi akan memberi impak yang positif mahuapun negatif kepada penggunaan sekiranya tidak menilai dengan baik. Malah, perlu mengimbangi secara keseluruhan tentang komponen dalam setiap sudut mengenai kemampuan teknologi dalam pekerjaan. Manakala golongan optimis berpendapat bahawa Idea yang menyokong (pro), bersetuju dan konsensus dengan idea bahawa penggunaan teknologi komunikasi mampu menyeimbangkan dunia. Mcluhan, Daniel Bell, Alvin Toffler dan David Lyon adalah golongan yang optmis yang menyokong idea revolusi ini.Golongan ini juga turut dikatakan mempunyai pandangan dominan terhadap teknologi.Manakala mengikut (Lyon:1988:146) Teknologi membawa pelbagai faedah dan menjanjikan dunia lebih maju dan sempurna.Ini bermaksud dengan adanya teknologi yang semakin canggih banyak kilang-kilang akan di buka dan memerlukan pekerja untuk menjaga mesin-mesin di kilang tersebut.Oleh itu, perlu menyimbangi penggunaan pekerjaan dalam membentuk setiap urusan dalam pekerjaan lebih bermutu serta berkualiti mengikut jenis pekerjaan tersebut. Malah, sentiasa mengaptasikan pembaharuan teknologi dalam bidang pekerjaan. Disamping itu juga, dapat mengurangkan pengangguran dikalangan siswazah apabila sesuatu teknologi semakin canggih dapt menarik minat seswazah tersebut dalam bidang Teknologi. Selain itu dengan adanya remote sensing ; boleh membantu Jabatan alam sekitar dan sumber asli untuk meramal cuaca, kekayaan sumber muka bumi, minyak , kelompok dan lubuk ikan.Manakala dalam teknologi militari kegiatan ketenteraan untuk tujuan mengintip ini boleh mambantu tentera mengenalpasti dimana musuh berada. |
No comments:
Post a Comment