Sunday, February 6, 2011

4. Fenomena sistem maklumat dan laman web sosial terhadap belia

Pada minggu ini kami ingin membincangkan mengenai pengaruh “FACEBOOK atau laman web sosial terhadap belia pada hari ini"umum mengatahui bahawa penggunaan teknologi internet ini telah menyebabkan golongan belia terpengaruh atau terdedah dengan dunia luar dengan lebih pantas.Sememangnya laman web sosial ini berkait rapat dengan teknologi dan multimedia. Kita akan melihat dahulu mengenai pandangan terhadap teknologi dan penggunaan internet.

Perkembangan teknologi dan komunikasi (ICT) telah membolehkan dihantar dan diterima dengan pantas. Kemudahan ini telah membawa kepada peningkatan penggunaan internet dan mel elektronik atau e-mail dalam sektor awam. Hakikat ini turut mempengaruhi oleh pengguna dan kepentingan maklumat yang kian meningkat dari semasa ke semasa. Komunikasi secara elektronik juga dilihat sebagai salah satu saluran penting dalam membantu mewujudkan perkongsian maklumat. Tambahan pula, kaedah ini membolehkan proses penghantaran dan penerimaan sesuatu maklumat dilaksanakan dengan lebih cepat dan lebih mudah.

Penggunaan internet dengan cara yang tidak bertanggungjawab adalah dianggap sebagai pelanggaran tatacara yang boleh mengancam tatacara keselamatan, keutuhan dan kerahsiaan maklumat, melemahkan sistem ICT dan pengurusan rekod elektronik, menganggu sistem rangkaian ICT dan merosakkan imej Perkhidmatan Awam. Oleh yang demikian, bagi menjamin kemudahan Internet digunakan dengan selamat, adalah wajar setiap agensi menentukan latihan yang bersesuaian, penggunaan teknologi yang kukuh dan dasar yang menyeluruh agar pelanggaran seumpamanya tidak berlaku.



Selain itu blog kami pada minggu ini juga akan menceritakna mengenai perkembang teknologi maklumat terhadap belia pada hari ini.Teknologi maklumat boleh ditakrifkan sebagai sebarang kaedah yang digunakan untuk memindah, menyebar dan memapar maklumat. Maklumat tersebut boleh wujud dalam pelbagai bentuk samada bentuk fizikal contohnya kertas dan buku, bentuk suara, paparan visual, pergerakan atau dalam bit. Perkembangan teknologi maklumat telah mencapai suatu tahap di mana ia mula menampakkan pengaruh tertentu di dalam kehidupan manusia terutamanya penduduk bandar. Pada asalnya, teknologi ini wujud sebagai satu perantaraan untuk mengedarkan pelbagai jenis maklumat untuk tujuan yang berlainan. Contohnya bagi pengiklanan, pemberitahuan, telekomunikasi dan sebagainya.

Peranannya sebagai agen perubahan tidak pernah berkurang tetapi semakin bertambah lebih-lebih lagi dengan kewujudan komputer. Dewasa ini, ia telah berevolusi kepada bentuk yang menampakkan pengaruh yang lebih mendalam ke atas kehidupan manusia. Contohnya penggunaan rangkaian ‘internet’ telah dan berupaya menyebabkan perubahan yang besar ke atas aspek fizikal, ekonomi dan sosial melalui globalisasi serta berkembangnya modal antarabangsa kapitalis. Teknologi maklumat akan membezakan sebuah negara maju dengan sebuah negara sedang membangun(Arun, 1999).
Aspek fizikal yang dimaksudkan di atas termasuklah corak penggunaan ruang bandar, rangkaian lalulintas dan pengangkutan, ruang ‘virtual’ dan sebagainya. Di samping itu, aspek sosial pula meliputi cara dan corak berinteraksi, pergerakan manusia, aktiviti manusia, cara hidup manusia, kualiti hidup manusia, taraf kesihatan manusia dan lain-lain. Selain itu, rangkaian ‘internet’ juga membolehkan pelbagai urusan perniagaan dijalankan secara ‘digital’ dan ini mempunyai implikasi yang besar terhadap proses pembandaran pada masa akan datang.

Perubanah kepada dunia pada hari ini telah menyebabkan internet dan sistem teknologi maklumat menjadi perkara yang terpenting dalam menentukan corak perubahan pola pemikiran masyarakat khususnya belia pada hari ini. Penggunaan dan pengwujudan laman web sosial pada hari ini telah merancakan lagi penggunaan internet yang berasaskan laman web sosial, telah menyebabakn penyebaran maklumat dengan pantas yang telah memberi kesan yang positif dan negatif terhadap pemikiran dan corak gaya hidup belia pada masa kini.

Penggunaan FACEBOOK merupakan satu contoh kepda tercetusnya fenomena luarbiasa yang menyebabkan golongan belia semakin bermaklumat pada hari ini :

Petikan daripada utusan malaysia 13/12/2009
Apabila Facebook menjadi fenomena dunia

Oleh JOHARDY IBRAHIM

AFILA dan Azira, masing-masingnya berusia 23 dan 20 tahun mungkin gelihati bila mendapati 'akhirnya' pak usu mereka menyertai laman sosial interaktif, Facebook pada April lalu iaitu pada tahun kelima kewujudan Facebook. Ini kerana hanya beberapa minggu sebelum itu, bapa saudara mereka ini 'sibuk menasihati' mereka supaya berhati-hati di alam maya dan tidak mendedahkan identiti diri.
Faktor kedua mendorong penulis menyertai Facebook ialah kerana 'dipujuk-paksa' oleh rakan yang enggan menghantar gambar kami di Phuket menggunakan e-mel, sebaliknya meminta mengambilnya dari akaun Facebook miliknya.
Maka penulis pun membuka akaun Facebook. Dan jika anda pun baru menyertai Facebook dalam waktu yang bersamaan dengannya, ketahuilah kita membentuk 350 juta pengguna Facebook di seluruh dunia sekarang ini.
Angka luar biasa besar itu yang diumumkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif yang juga pengasas Facebook, Mark Zuckerberg pada 1 Disember lalu, tidaklah memeranjatkan kerana minat untuk memiliki akaun Facebook sudah menjadi fenomena di mana-mana.
Meskipun mendapat saingan daripada beberapa rangkaian sosial lain seperti Friendster dan Twitter, sekurang-kurangnya di Malaysia Facebook kekal teratas sebagai pilihan utama.
Menurut mashable.com, Facebook mencatat sekurang-kurangnya 500,000 pengguna setiap hari. Ini kerana untuk menjadi pengguna adalah cukup mudah dan percuma.
Banyak juga kelebihan yang boleh diperoleh daripada Facebook seperti menemukan kembali rakan-rakan sekolah yang berdekad lamanya terpisah, menyambung persahabatan dan membuat kawan baru, walaupun penulis menolak beberapa permintaan bila mendapati mereka lahir sebelum 1991.
Bertentangan dengan tanggapan sesetengah pihak bahawa Facebook hanyalah satu daripada bentuk permainan Internet yang melekakan, ia kini diguna secara meluas untuk tujuan komersial bagi sektor perniagaan dan platform propaganda bagi entiti politik untuk sampai ke sasaran audiens.
Apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memulakan akaun Facebook baru-baru ini, ia menjadi tajuk berita utama media.
media
Kebelakangan ini, media-media arus perdana Barat tidak teragak-agak memetik kenyataan seseorang individu atau selebriti dalam Facebook sebagai bahan berita. Bulan lalu, bekas calon Naib Presiden AS, Sarah Palin menulis dalam akaun Facebook kepada sejuta 'rakan-rakannya', membidas penggunaan gambarnya yang berseluar pendek di muka depan sebuah majalah. Jelas, Palin tidak memerlukan agensi perhubungan awam lagi.
Pada Rabu lalu, Facebook melaksanakan kawalan tambahan bagi privasi atau 'bebas dari gangguan atau perhatian awam'. Pengguna Facebook tentu perasan kepada soalan mengenai penetapan arahan pada kerahsiaan butir-butir peribadi yang terpampang semasa membukanya minggu ini.
Kawalan tambahan itu terpaksa dilakukan oleh Facebook setelah menerima banyak kritikan mengatakan syarikat itu tidak cukup sensitif terhadap privasi pengguna. Usaha Facebook sebelum ini menerusi inisiatif Beacon turut dikritik, apabila pengguna mendapati mereka secara tidak semena-mena menjadi 'orang penghubung' bagi servis atau laman-laman web dalam Facebook yang kerap mereka sertai.
Kawalan tambahan ini memberikan pengguna alat yang mudah tetapi lebih berkuasa untuk mengehadkan perluasan maklumat peribadi mereka. Paling signifikan dalam penambahbaikan itu ialah keupayaan untuk mengehadkan sesiapa untuk melihat tulisan atau gambar atau video yang disiarkan oleh pengguna di dalam rangkaian termasuk. Maknanya, tiada lagi sesiapa yang tidak berkenaan (terutama pengiklan) daripada menyalahgunakan maklumat peribadi pengguna.
Dalam konteks ini, sesetengah pejuang privasi berkata, senarai rakan-rakan ini sama sensitif dengan maklumat peribadi kerana dengan meninjau pada senarai rakan-rakan yang dikenali itu pun boleh mendedahkan maklumat sulit.
Mengapa Facebook melakukan perubahan ini? Jawapannya mudah. Ia adalah atas nama perniagaan semata-mata dan elemen utama perniagaan Internet ialah menarik lebih banyak trafik dan mencipta dagangan daripada sekurang-kurangnya satu maklumat yang didedahkan oleh pengguna.
Satu lagi tarikan dalam Facebook ialah permainannya seperti FarmVille - yang secara umumnya begitu mudah dimainkan tanpa perlu banyak berfikir, asalkan rajin 'bercucuk tanam' atau realitinya, menekan tetikus berjam-jam.
Menurut Daniel Lyons menerusi artikelnya dalam Newsweek, permainan FarmVille walaupun mengasyikkan, ia sebenarnya meletakkan pengguna dalam keadaan 'dipergunakan' secara tidak langsung oleh kelompok yang diistilahkan sebagai Scammers.
Facebook meraih keuntungan dengan menjual ruang iklan, sesetengahnya kepada scammers," katanya

Petikan di atas merupakan salah satu contoh fenomena yang menyebabkan sistem maklumat pada hari yang berasakan penggunaan teknologi maklumat dapat menggerakan belia untuk melakukan sesuatu perubahan dengan lebih pantas di sebabakan pengaruh daripada laman web sosial seperti penggunaan facebook.

Friday, January 28, 2011

3. Peranan Teknologi dalam Pekerjaan





Teknologi boleh membawa pada arus permodenan.Teknologi merupakan satu konsep yang luas dan  mempunyai lebih daripada satu takrifan:-


          1) Takrifan yang pertama ialah pembangunan dan penggunaan
                alatan, mesin,bahan dan proses untuk menyelesaikan masalah
                yang dihadapi oleh manusia.Contoh mesin basuh dimana
                manusia amat memerlukan mesin tersebut untuk membasuh
                pakaian pada setiap hari,selain itu juga telefon bimbit adalah
                salah satu medium yang mampu membantu manusia kerana 
                talefon bimbit boleh  menghubungkan antara satu sama lain.
         
          2) Takrifan yang kedua digunakan dalam bidang ekonomi, dimana teknologi
              dilihat sebagai tahap pengetahuan semasa dalam menggabungkan sumber 
              bagi menghasilkan produk yang dikehendaki.Contoh seperti penggunaan
              internet,internet diaplikasi ke dalam sistem komputer untuk memberi maklumat 
              kepada pengguna yang  melayari internet tersebut.


        Takrifan teknologi terhadap aplikasi pengetahuan sains yang boleh memanfaatkan serta menyelesaikan masalah manusia yang dihadapi dalam kehidupan seharian.Selain itu juga teknologi sering di kaitkan dengan pekerjaan.Ini kerana  Pekerjaan merupakan asas kepada kehidupan setiap individu. Ia membolehkan seseorang itu menjadi penyumbang utama kepada masyarakat dan juga ekonomi negara disamping menyediakan kerperluan asas kepada ahli keluarga yang berada di bawah tanggungannya. 


      Menurut Prof Manuel Castells Olivánia berpendapat bahawa perubahan bentuk rangkaian syarikat mendahului teknologi elektronik internet yang berkaitan dengan bentuk organisasi dan tiada struktur hubungan yang sistematik di antara penggunaan teknologi maklumat dengan evolusi pekerjaan dalam ekonomi secara keseluruhannya.Sebelum adanya teknologi kehidupan manusia dalam bidang pekerjaan amat sukar ini kerana semua kerja hendaklah dilakukan secara tradisional,contohnya dimana setiap pejabat mempunyai beratus-ratus dokumen yang perlu di simpan di dalam satu bilik yang mempunyai banyak rak dan ini menyukarkan untuk membuat semakan atau pencarian maklumat kerana terlampau banyak dokumen tersusun di rak tersebut. Di sebabkan itulah teknologi diwujudkan kerana teknologi boleh membawa arus permodenan dalam pendekatan yang lebih sistematik dan tersusun,seperti kes di atas dengan adanya teknologi yang semakin canggih semua data-data yang diperlukan boleh di simpan di dalam komputer.Ini lebih menyenangkan pencarian maklumat dan juga dapat menjimatkan ruang pejabat. Penggunaan komputer telah berevolusi kepada bentuk yang menampakkan pengaruh yang lebih mendalam ke atas kehidupan manusia. Contohnya penggunaan rangkaian ‘internet’ telah dan berupaya menyebabkan perubahan yang besar ke atas aspek fizikal, ekonomi dan sosial melalui globalisasi serta berkembangnya modal antarabangsa kapitalis. Teknologi maklumat akan membezakan sebuah negara maju dengan sebuah negara sedang membangun (Arun, 1999). Mengikut paradigma dominan teknologi berlandaskan beberapa andaian seperti teknologi membawa perubahan positif kepada masyarakat,Komunikasi boleh mendekatkan manusia yang terpisah jauh seperti telefon,Memberi laluan atau kemudahan kepada manusia untuk menimba ilmu pengetahuan,menghubungkan manusia dengan mudah contoh seperti talian 3G,dan" video conference'. 


         Mesin yang canggih juga digunakan di dalam kilang untuk menghasilkan produk yang lebih berkualiti dan boleh menghasilkan produk dalam kuantiti yang lebih tanpa manggunakan tenaga kerja yang banyak. Namun demikian, teknologi ini boleh menyebabkan berlakunya keuntungan atau kerugian yang berbeza diantara firma,industri,sektor,wilayah dan negara. Hal ini, ianya bergantung kepada keupayaan daya saing, strategi firma, dasar kerajaan, persekitaran institusi dan kedudukan relatif dalam ekonomi global. Penggunaan teknologi maklumat dalam kilang, pejabat dan sektor perkhidmatan telah mencetuskan kebimbangan pekerja bahawa mereka akan digantikan oleh peralatan. Namun berdasarkan pencapaian negara-negara seperti Amerika Syarikat dan Jepun, kebimbangan tersebut nampaknya tidak berasas. Merujuk kepada "1994 White Paper of the European Commision on Growth, Competitiveness, and Empoyment " antara 1970 dan 1992, ekonomi Amerika Syarikat bertumbuh 70% sementara pekerjaan bertumbuh 49%. Ekonomi Jepun bertumbuh sebanyak 173%, dengan pertumbuhan pekerjaan 25%. Di samping itu, antara 1993 dan 1996, apabila kebanyakan negara Eropah mempunyai kadar pengangguran yang tinggi, Amerika Syarikat yang menggunakan teknologi maklumat dalam pejabat dan kilang, telah menghasilkan lebih lapan juta pekerjaan baru (Castells, 1996).

Ahli teori perdagangan(Trade theorists) berhujah bahawa potensi pengurangan pekerjaan sebagai kesan penggunaan teknologi maklumat akan wujud sekiranya:-

  • Pengembangan dalam permintaan tidak diseimbangi peningkatan dalam produktiviti buruh; dan

  • Tiada tindakbalas institusi untuk mengurangkan masa pekerjaan dan bukannya pekerjaan sendiri.
  

Maximus Johnity Ongkili
         Menurut DATUK DR. MAXIMUS J. ONGKILI, kehadiran teknologi dalam pekerjaan khususnya dalam tempat-tempat yang kurang maju seperti negeri Sabah, untuk membantu meningkatkan pertumbuhan ekonomi di negeri Sabah, dan menggalakkan pembangunan wilayah yang seimbang, mengurangkan jurang perbezaan pembangunan bandar dan luar bandar serta memastikan pengurusan hasil kekayaan negeri yang lebih bijak dan sistematik. mana,Manakala penggunaan teknologi dalam pekerjaan juga, menjuruskan urusan-urusan pengeluaran dan pemasaran secara elektronik dengan penjimatan-penjimatan kos melalui Pesanan-Pesanan Elektronik dalam E-dagang dan Pengeluaran Just-in-Time.Selain itu juga dengan adanya teknologi yang semakin canggih ini pekerja tidak perlu keluar untuk bekerja dimana hanya duduk di rumah juga boleh melakukan kerja.penggunaan teknologi dalam perniagaan perlu bijak untuk mendapatkan sebarang maklumat penting tentang pekerjaan tersebut. Tambahan pula, teknologi kini terdapat banyak informasi yang membolehkan pengguna untuk berusaha dengan merebut peluang yang ada. Hal ini, membawa kepada adaptasi pembaharuan yang lebih berkesan dan memberi cenderung dalam mendapatkan impak yang positif dimana sesebuah perniagaan atau pekerjaan sangat mementingkan perubahan secara cepat dan pantas.Justeru itu, realiti kejayaan sesebuah perniagaan tidak tertakluk kepada teknologi semata-mata. Hal ini, dapat dilihat dimana usaha seseorang itu penting dalam mencapai sasaran yang tersendiri dan mencapai objektif berdasarkan motif yang utama.Oleh itu, teknologi dalam pekerjaaan memainkan peranan penting dan memberi kesan ke atas generasi pada masa hadapan dimana penggunaan teknologi akan memberi impak yang positif mahuapun negatif kepada penggunaan sekiranya tidak menilai dengan baik. Malah, perlu mengimbangi secara keseluruhan tentang komponen dalam setiap sudut mengenai kemampuan teknologi dalam pekerjaan.
Menurut Organization for Economic Cooperation and Development (OECD), pada awal abad ke-21, dijangkakan akan terdapat peningkatan pekerjaan bagi negara-negara tersebut : Amerika Syarikat, 1992-2005, akan mengalami peningkatan pekerjaan bersih 24 juta (peningkatan 19% sepanjang tempoh), Jepun, 4 juta (peningkatan 6%); dan Kesatuan Eropah lebih kurang 10 juta(peningkatan 6-7%). Ini kerana peluang pekerjaan tidak diberi dan amat bergantung kepada penggunaan teknologi sahaja.Oleh itu berlakulah pengagihan tempoh pekerjaan dalam hidup dan sistem baru dalam sesuatu perhubungan industri itu.Justeru itu, teknologi sebenarnya tidak akan menyebabkan berlakunya pengangguran walaupun waktu bekerja telah dikurangkan. Bagi menstukturkan semula kepercayaan dalam membuat keputusan yang lebih efektif dimana setiap pekerja perlu mempunyai kemahiran dalam bidang teknologi untuk bidang  pekerjaan.Oleh itu sekiranya wujud tren pengangguran yang disebabkan oleh peningkatan teknologi maklumat maka campurtangan kerajaan adalah perlu untuk mengenakan dasar serta garis panduan bagi mewujudkan peluang pekerjaan di dalam sektor yang akan menguntungkan keseluruhan sistem ekonomi negara misalnya sektor sokongan perkhidmatan.
     
      Manakala golongan optimis berpendapat bahawa Idea yang menyokong (pro), bersetuju dan konsensus dengan idea bahawa penggunaan teknologi komunikasi mampu menyeimbangkan dunia.
Mcluhan, Daniel Bell, Alvin Toffler dan David Lyon adalah golongan yang optmis yang menyokong idea revolusi ini.Golongan ini juga turut dikatakan mempunyai pandangan dominan terhadap teknologi.Manakala mengikut (Lyon:1988:146) Teknologi membawa pelbagai faedah dan menjanjikan dunia lebih maju dan sempurna.Ini bermaksud dengan adanya teknologi yang semakin canggih banyak kilang-kilang akan di buka dan memerlukan pekerja untuk menjaga mesin-mesin di kilang tersebut.Oleh itu, perlu menyimbangi penggunaan pekerjaan dalam membentuk setiap urusan dalam pekerjaan lebih bermutu serta berkualiti mengikut jenis pekerjaan tersebut. Malah, sentiasa mengaptasikan pembaharuan teknologi dalam bidang pekerjaan. Disamping itu juga, dapat mengurangkan pengangguran dikalangan siswazah apabila sesuatu teknologi semakin canggih dapt menarik minat seswazah tersebut dalam bidang Teknologi. Selain itu  dengan adanya remote sensing ; boleh membantu Jabatan alam sekitar dan sumber asli untuk meramal cuaca, kekayaan sumber muka bumi, minyak , kelompok dan lubuk ikan.Manakala dalam teknologi militari kegiatan ketenteraan untuk tujuan mengintip ini boleh mambantu tentera mengenalpasti dimana musuh berada.



Thursday, January 20, 2011

2. KEPENTINGAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Teknologi pendidikan ialah satu sistem yang meliputi alat dan bahan media, organisasi yang digunakan secara terancang bagi menghasilkan kecekapan dalam pengajaran dan keberkesanan dalam pembelajaran.Ia merupakan proses pengajaran dan pembelajaran kerana ia memfokuskan kepada isi-isi penting kepada topik yang akan disampaikan, dengan cara ini, membolehkan masa,tenaga dan wang dapat dijimatkan. Selain itu juga ia dapat mengelakkan rasa bosan pelajar seterusnya mengekalkan minat pelajar. Ia juga boleh menghiburkan pelajar. Dengan adanya teknologi dalam pendidikan ini, ia dapat mengelakkan berlakunya tidak faham atau salah tafsir terhadap konsep melalui deria melihat, mendengar atau menyentuh. Dapat membetulkan sebarang kekeliruan atau salah tafsir kerana ia memberi sesuatu gambaran yang menyeluruh dan jelas sesuatu konsep dan kaitannya dengan kehidupan seharian. Contohnya penggunaan visual yang diikuti oleh audio akan melibatkan deria lihat dan dengar dan mungkin deria sentuh. Penglibatan deria ini akan meningkatkan daya ingatan pelajar. Teknologi dalam pendidikan memberi kelainan dan kepelbagaian kepada kaedah mengajar iaitu membantu pelajar mendapat kesan pembelajaran yang maksimum dengan penggunaan masa yang minimum. Kelebihan teknologi dalam pendidikan juga dapat memperkayakan pengalaman pelajar. Contohnya media bergerak boleh memperkayakan pengalaman murid. Kejadian yang tidak pernah mereka lihat atau alami akan dapat mereka saksikan sendiri dan ini menjadikan mereka seoalah-olah mereka mengalaminya.






CONTOH PENGGUNAAN VIDEO DALAM PENDIDIKAN

Penggunaan video sememangnya menjanjikan pelbagai kelebihan sama ada digunakan secara  sendirian atau secara intergrasi berkumpulan. Ini kerana penggunaan video dalam pendidikan dapat menarik menarik perhatian dalam proses pengajaran dan pembelajaran.Pengguanna video dalam pembelajara dam pengajarana adalah seperti berikut:

  • Maklumat adalah lebih realistik-video mampu mempersembah suatu masej dengan lebih realistik dan menyerupai keadaan yang sebenar
  • Mampu meransang pelbagai deria- media bersifat dianamik dan mampu meransang pelbagai media dimana dapat membantu proses pengajaran dan pembelajaran
  • Memudahkan proses pengulangan-dalam sesuatu pengajaran yang  secara  berulang-ulang dapat dilakukan dalam satu video sahaja. Contoh  pembuatan experience di dalam makmal tidak perlu dilakukan secara berulang kali.
  • Meningkatkan keberkesanan dalam proses pengajaran dan pembelajaran-Penggunaan video dapat memepercepatkan pemahaman dan pembelajaran dalam kelas dimana dapat menjimatkan masa dan tenaga.
  • Mampu meraih emosi dan mengubah sikap-Paparan secara penggunaan video dapat meransang emosi dan ransangan adalah lebih realistik berbanding penggunaan imej yang bersifat statik.selain itu juga paparan video juga dapat menarik perhatian secara emosi dan mempermudahkan proses pengajaran dan pembelajaran.
  • Membentuk kemahiran dengan lehih pantas dan berkesan- Dalam mempelajari dalam sesuatu kemahiran seperti perisian computer,melakukan ulangkaji, penggunaanperalatan, demonstrasi dan tunjuk ajar amat diperlukan.Video digital dapat membentuk kemahiranlebih pantas dan berkesan.
  • Menjimatkan masa, tenaga dan perbelanjaan-Pengunaan video dalam pembelajaran memerlukan banyak perisian dan kadang-kadangnya mahal harganya namun ia amat berguna dalam proses jangka masa yang panjang.Proses penerangan dengan pengguanaan video lebih mudah, realistic dan menjimatkan kerana penggunaan imej,muzik, animasi dan sebagainya mampu menarik perhatian dan memudahkan pemahaman dalam pembelajaran.







Thursday, January 13, 2011

1. Penyalahgunaan Teknologi Dikalangan Belia

Penggunaan teknologi komunikasi sinonim dengan golongan belia. Belia dengan kata lain, belia alaf masyarakat maklumat dan masyarakat global mesti mempunyai jati diri yang mantap. Potensi mereka sama dari segi semangat, tekad juang, fikiran, sikap dan daya cipta adalah arus dibangunkan dan dimanfaatkan. Salah satu aspek utama yang perlu diberi perhatian adalah identiti diri belia. Identiti diri yang boleh mengambarkan budaya hidup seseorang individu melalui teknologi. Teknologi komunikasi dan belia tidak dapat dipisahkan lagi. Walaupun ia memberi banyak kebaikan kepada belia namun terdapat juga keburukan disebalik kebaikannya. Sebagai contoh penggunaan internet, telefon bimbit dan televisyen yang dikatakan memberi implikasi sosial kepada belia.



INTERNET


Pendedahan kepada komputer dan teknologi maklumat (IT) mewujudkan budaya celik komputer dikalangan masyarakat terutama belia. Kalau komputer boleh diibaratkan sebagai sebilah pisau, ia boleh memotong dan juga membunuh. Kita khuatir terhadap kecenderungan sesetengah golongan masyarakat terutama belia yang membuang masa di depan komputer dan tidak memanfaatkan maklumat yang boleh ditimba. Ada belia yang duduk sepanjang hari di depan komputer untuk melayari talian "chat" pornografi, dan permainan video.

"Technology change every second". Berdasarkan pengertian ini, setiap penduduk dunia, jika boleh tidak mahu ketinggalan dalam mengejar arus perkembangan teknologi yang begitu pesat. Dalam kita mengejar arus kemodenan, Internet telah banyak memberi input dan merupakan salah satu penyalur maklumat penting dan terkini. Banyak faedah yang boleh didapati menerusi penggunaan Internet, cuma manusia sahaja yang sering menyalahgunakan Internet ke arah kerosakan moral dan etika. Adalah lebih baik kita kupaskan serba sedikit keburukan Internet di negara ini.
Penyalahgunaan yang sering kita dengar adalah pengiriman spam di kategorikan sebagai sampah Internet merupakan salah guna yang terbesar. Tidak kurang juga dengan kes pemalsuan yang antara lain melibatkan pengubahsuaian laporan dan data sesebuah organisasi swasta dan awam. Wujud juga kes penyebaran virus dan ugutan menggodam. Sesetengah pihak yang membuat kajian terhadap isu jenayah dan keselamatan komputer sebelum ini pernah mendedahkan bahawa sebahagian respodan yang terlibat dalam tinjauan tersebut melaporkan kerugian dari segi kewangan akibat serangan penceroboh. Jika ditafsirkan, nilai kerugian terkumpul dari segi kewangan tidak mustahil boleh mencecah jutaan ringgit.
TELEFON


Teknologi telekomunikasi telah banyak mengubah gaya hidup manusia, termasuk masyarakat di negara kita. Jika satu ketika dulu telefon bimbit salah satu lambang kemewahan atau barangan eksklusif lagi berprestij, tetapi kini persepsi itu telah berubah. Telefon mudah alih atau juga dikenali sebagai telefon bimbit atau telefon selular sudah menjadi keperluan harian. Bayangkan jika anda tidak memiliki telefon bimbit sekarang. Bagi sesetengah orang, mereka akan terasa benar, bertapa sukarnya hidup tanpa peranti ranggi itu. Disebalik kecanggihan teknologi telefon bimbit juga, wujudnya penyalahgunaan dikalangan belia dan memberi impak yang negatif kepada belia pada masa kini.
Contohnya: AKSI-AKSI panas pelajar di sekolah yang disebarkan menerusi telefon bimbit amat memalukan.

BARU-BARU ini, sebuah sekolah menengah di Kuala Terengganu mendapat perhatian 'lebih', gara-gara aksi panas seorang pelajar perempuan dalam klip video yang tersebar ke serata Malaysia. Klip video yang berlatarbelakangkan sebuah kelas itu menjadi pilihan lokasi penggambaran 'krew remaja' yang sepatutnya menelaah buku. Rakaman video yang dibuat menerusi telefon bimbit berkamera seperti itu sebenarnya bukan perkara baru dan tidak hanya berlaku di sekolah. Sekali-sekala dada akhbar turut mendedahkan kes seperti ini yang berlaku di bilik sewa, taman rekreasi dan sebagainya. Suka atau tidak, ia seakan satu trend dalam era teknologi hari ini. Justeru itu, salah siapa? Adakah kita perlu salahkan teknologi? 
Jika pengaruh komunikasi teknologi maklumat (ICT) yang dipersalahkan, bukankah kita tidak berkuasa sepenuhnya untuk menentukan trend global? Hakikatnya, manusia terpaksa hanyut dengan arus peredaran zaman.
"Inilah namanya 'fenomena global'. Kalau tak ada 'handphone', macam tak kena dengan masa kini. Tapi, ini jugalah harga yang perlu dibayar. Maksudnya, nikmat pembangunan kebendaan yang hadir dengan kesan positif dan negatif," menurut pandangan Dr. Sarjit Singh Gill, seorang Ahli Antropologi Sosial dari Universiti Putra Malaysia (UPM).
Masyarakat perlu sedar teknologi komunikasi bertujuan mempermudah urusan dan untuk memperkayakan ilmu, serta menjadi medan pertukaran, pendapat dan idea. Akan tetapi, pengaruh budaya luar terutamanya dari barat telah merosakkan minda masyarakat kita yang selama ini terkenal dengan adab ketimuran dan penuh dengan sopan santun. Kita perlu ingat dalam mengejar arus globalisasi yang semakin pantas, dan untuk melengkapkan diri seiring dengan negara maju yang lain, kita tidak perlu menggadaikan maruah dan jati diri kita sebagai orang timur.
Sebagai rakyat Malaysia yang bijak, kita hendaklah cuba mewujudkan satu budaya penggunaan teknologi yang sihat dalam usaha kita memperlengkapkan diri sebagai seorang yang berilmu dan berpengetahuan. Ini membolehkan kita terus bersaing dalam dunia yang dikuasai dan dimonopoli oleh pelbagai teknologi terkini yang menjadi penggerak pembangunan dan kemajuan sesebuah negara. Mampukah kita??